Tuesday, July 10, 2018

MENGAMBIL MAKANAN YANG MENGANDUNGI KUANTITI TERTENTU ALKOHOL


Bahan-bahan makanan yang dimasukkan alcohol semasa proses pembuatannya terbahagi kepada tiga kategori:
  •    Perahan berbagai-bagai buah-buahan, susu pekat, Zabadi,ragi(yis), dan lain-lain yang mengandungi kuantiti kecil alcohol, tidak lebih daripada 5% kecuali peerahan anggur yang kadang-kadang sampai 10%, bahan-bahan makanan ini tidak dinamakan sebagai benda-benda yang memabukkan dan berdasarkan kepada pengkatogerian makanan, tidak termasuk ke dalam kumppulan minuman beralkohol atau yang memabukkan.
  •  Bahan-bahan makanan yang termasuk ke dalam kategori ini pada pandangan syarak, dianggap sebagai halal lagi baik, walaupun mengandungi kuantiti kecil alcohol, hasil daripada tindakbalas cepat sesetengah gula ataun kanji yang terdapat di dalam jenis-jenisnya. Ini kerana ia telah larut di dalam cecair yang banyak, sehingga tidak ada lagi kesan rasa, warna mahupun bau. Ini berkaitan dengan teori al-Istihlak. Dalam teori ini, bahan yang diharamkan dan najis apabilalarut di dalam air atau cecair yang suci, yang banyak, yang tidak meninggalkan kesan terhadap rasa, warna dan juga bau, perubahan ini sebenarnya menghilangkan sifat najis dan haram dari segi syarak 
  • Bahan-bahan makanan yang dimasukkan kuantiti kecil alcohol yang digunakan untuk melarutkan sesetengah bahan yang tidak larut di dalam air seperti prewarna, pengawet, perasa dan lain-lain.Sebagai contoh minuman coca-cola dan Pepsi yang mengandungi bahan membuat minyak wangi , yang berbeza antara satu sama lain, yang dikira sebagai rahsia perindustrian. Ia dilarutkan di dalam al-kohol. Kuantiti alcohol yang terdapat di dalamnya tidak melebihi 2-3%. Memandangkan alcohol telah pun larut di dalam cecair yang bercampur dengannya maka ia dikira suci kerana tidak terdapat bau, warna dan rasa. 
  • Bahan- bahan makanan yang diletakkan minuman alcohol yang memabukkan ke dalamnya seperti (Rawm, Brandi, Koniak dan lain-lain) bagi menimbulkan cita rasa tertentu dan rasa yang digemari oleh orang ramai. Contohnya nseperti ais krim, kuih muih, sesetengah jenis coklat, buah-buah yang memabukkan dan air gas
  •  Bahan-bahan seperti ini haran diambil, kerana mengandungi arak. Para ulamak sepakat, arak yang ditaruhkan ke dalam makanan yang berbentuk cecair atau beku  kemudian tidak larut di dalamnya, bahkan zahir dengan nyata kesannya sepeti warna, rasa dan bau maka rosaklah seluruh makanan itu, haram mengambilnya, dan tidak harus sama sekali menggunakannya.

Berdasarkan kepada resolusi Nadwah Fiqh kali ke lapan bagi pertubuhan Ilmu-Ilmu perubatan Islam di Kuwait (ayar/mei 1995) memutuskan bahawa:

TIDAK HARUS menggunakan makanan yang mengandungi kuantiti tertentu arak, walaupun kecil, lebih-lebih lagi ia banyak di jual di Negara Barat seperti sesetengah makanan seperti chocolate, ditambahkan lagi dengan makanan sejuk seperti aiskrim
 Oleh itu, asas syarak yang menjelaskan  bahawa benda yang memabukkan walaupun mengambil sedikit daripadanya juga dikira haram. Tidak ada kelonggaran syarak pada perkara tersebut.

No comments:

Post a Comment