Saturday, June 18, 2016

CARA MENGGEMBIRAKAN IBU ANDA

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi.. kerana masa yang terluang ini ingin saya berkongsi beberapa tip bagaimana menggembirakan ibu. Mudah-mudahan dapat membantu.. in Shaa Allah ..

Saya kongsikan maklumat ini melalui buku yang saya baca hasil nukilan Syeikh Sulaiman bin Saqier as-Saqier

  • RAIKAN IBUMU DENGAN HADIAH
Berilah hadiah kepada ibu apabila ada sambutan tertentu seperti hari raya, hari lahirnya, hari ulang tahun perkahwinan, kepulangannya daripada bermusafir dan sebagainya.

* yang ini pernah dilaksanakan.. heheheh.. kalau balik dari event apa-apa memang tak sah bawa ole-ole dari sana. kalau balik dari U pun.. kalau ada makanan pasti akan tinggalkan sebahagian untuk ibu saya.. 1 Jun 1992 hari perkahwinan ibu bapa saya.. 1 Jun 2016 saya ajak ibu saya pergi jejalan di Kluang Mall... nampak kegembiraan di wajahnya... rasa bahagia di hati saya..

  • SEDIAKAN KOLEKSI HADIAH
jika ibu telah tua, anda mungkin boleh sediakan koleksi hadiah yang dibalut cantik untuk ibu. Tujuannya adalah supaya ibu dapat menghadiahkannya kepada rakan-rakan dan kenalannya

 * ibu saya berumur 46 tahun , tua tak ??.. tapi kalau dilihat wajahnya.. orang sekeliling akan cakap " macam anak dara lah " ... #ye
lagipun beliau tak bergaul sangat dengan rakan-rakan sekeliling... lebih suka duduk di rumah... baca buku dan mengemas rumah... hanya bergaul apabila ada kenduri kendara.

  • SEDIAKAN BEKALAN HADIAH DAN MANISAN
 sediakan almari khas untuk ibu dan letakkan di situ berbagai-bagai jenis biskut, gula-gula, coklat, barang permainan dan hadiah-hadiah yang kecil. Tujuannya adalah supaya ibu dapat memberinya kepada cucu-cucunya apabila mereka datang kepadanya.
itu dapat menimbulkan rasa kasih cucu-cucu kepadanya dan menggalakkan mereka untuk bertemunya dan bergaul dengannya.

 * masih single .. dan adik-adik masih bersekolah lagi..  tapi, ibu saya pernah juga melakukannya, beliau akan membelikan banyak biskut, kadang-kadang gula-gula untuk nenek saya. so, bila saudara saya datang .. mereka akan gembira kerana ada banyak makanan.. lagipun, ini adalah salah satu cara untuk bersedekah.

  • IBUMU PUN SUKA BER"SHOPPING"
bawalah ibu anda untuk membeli-belah di gedung-gedung beli-belah atau di pasar-pasar besar. Mungkin ada barang yang diingininya, maka tidak ada sebab untuk anda tidak dapat memenuhi keinginannya dengan wang anda.

*yup,  bawalah ibu anda keluar berjalan-jalan di pasaraya yang besar seperti KluangMall, Eon Big, Kluang Prade, Batu Pahat Mall, Angsana  dan lain-lain. Keluarlah sedikit duit untuk membelikannya baju, telekung, kasut atau pun buku-buku kesukaannya. Ibumu akan berasa gembira walaupun kamu hanya membelikannya sehelai baju di sana.
  • BELIKAN HADIAH BAGI PIHAK IBUMU
sediakan hadiah yang bersesuaian untuk kaum lelaki supaya ibu boleh menghadiahkan hadiah itu kepada bapa anda. Itu tergolong dalam pengertian melebarkan kebaktian kepada orang ramai.

*pernah dulu beli kek untuk ulang tahun kelahiran ayah.. ayah pun tanya " sapa beli ni " saya jawab " mak yang belikan". hahah.. mak pun tersenyum.. #sebenarnya takut ayah marah sebab dia tak suka beli benda yang tak berfaedah..
hurmmmm.. kalau ayah saya , dia suka baju batik.. Allah... mahal lah juga.. jadi saya tukar beli kan stokin kerjanya... tapi mak saya yang hadiahkan...

  • SEMAIKANLAH KASIH ANTARA CUCU DENGAN NENEKNYA
didiklah anak-anak anda supaya berlembut dan bermesra dengan ibu anda. Sediakan hadiah-hadiah supaya anak-anak anda dapat memberinya kepada ibu anda pada sambutan-sambutan tertentu.

 # banyak lagi nak taip, bila-bila masa terluang sambung lagi.. in Shaa Allah