Profesor A J Arberry mengatakan: “Peminum arak akan menghadapi bahaya penyakit darah beku dan
pembekuan air hempedu, malah mereka akan merepek seperti orang gila dan mudah
mendapat penyakit ahmar atau lumpuh.
“Selain itu, seseorang yang mabuk
akibat arak hilang pertimbangan akalnya. Secara tidak sedar dia membuka
keburukan dirinya kepada orang lain.”
Penyusun Ensiklopedia Islam,
Profesor Muhammad Farid Wejdi menjelaskan: “Tidak pernah manusia menerima
pukulan yang paling hebat seperti arak. Orang yang terkorban juga ramai
disebabkan arak. Jika dibanci orang sakit di hospital seluruh dunia, nescaya
paling ramai ialah penghidap penyakit gila dan urat saraf disebabkan arak.
Orang yang menderita kesakitan urat saraf, pundi makanan, tali perut disebabkan
arak.”
Nyatalah kebenaran firman Allah
tentang keburukan dan kerosakan kepada manusia disebabkan arak lebih banyak
daripada kebaikannya.
No comments:
Post a Comment