Tuesday, July 10, 2018

MENGAMBIL MAKANAN YANG MENGANDUNGI KUANTITI TERTENTU ALKOHOL


Bahan-bahan makanan yang dimasukkan alcohol semasa proses pembuatannya terbahagi kepada tiga kategori:
  •    Perahan berbagai-bagai buah-buahan, susu pekat, Zabadi,ragi(yis), dan lain-lain yang mengandungi kuantiti kecil alcohol, tidak lebih daripada 5% kecuali peerahan anggur yang kadang-kadang sampai 10%, bahan-bahan makanan ini tidak dinamakan sebagai benda-benda yang memabukkan dan berdasarkan kepada pengkatogerian makanan, tidak termasuk ke dalam kumppulan minuman beralkohol atau yang memabukkan.
  •  Bahan-bahan makanan yang termasuk ke dalam kategori ini pada pandangan syarak, dianggap sebagai halal lagi baik, walaupun mengandungi kuantiti kecil alcohol, hasil daripada tindakbalas cepat sesetengah gula ataun kanji yang terdapat di dalam jenis-jenisnya. Ini kerana ia telah larut di dalam cecair yang banyak, sehingga tidak ada lagi kesan rasa, warna mahupun bau. Ini berkaitan dengan teori al-Istihlak. Dalam teori ini, bahan yang diharamkan dan najis apabilalarut di dalam air atau cecair yang suci, yang banyak, yang tidak meninggalkan kesan terhadap rasa, warna dan juga bau, perubahan ini sebenarnya menghilangkan sifat najis dan haram dari segi syarak 
  • Bahan-bahan makanan yang dimasukkan kuantiti kecil alcohol yang digunakan untuk melarutkan sesetengah bahan yang tidak larut di dalam air seperti prewarna, pengawet, perasa dan lain-lain.Sebagai contoh minuman coca-cola dan Pepsi yang mengandungi bahan membuat minyak wangi , yang berbeza antara satu sama lain, yang dikira sebagai rahsia perindustrian. Ia dilarutkan di dalam al-kohol. Kuantiti alcohol yang terdapat di dalamnya tidak melebihi 2-3%. Memandangkan alcohol telah pun larut di dalam cecair yang bercampur dengannya maka ia dikira suci kerana tidak terdapat bau, warna dan rasa. 
  • Bahan- bahan makanan yang diletakkan minuman alcohol yang memabukkan ke dalamnya seperti (Rawm, Brandi, Koniak dan lain-lain) bagi menimbulkan cita rasa tertentu dan rasa yang digemari oleh orang ramai. Contohnya nseperti ais krim, kuih muih, sesetengah jenis coklat, buah-buah yang memabukkan dan air gas
  •  Bahan-bahan seperti ini haran diambil, kerana mengandungi arak. Para ulamak sepakat, arak yang ditaruhkan ke dalam makanan yang berbentuk cecair atau beku  kemudian tidak larut di dalamnya, bahkan zahir dengan nyata kesannya sepeti warna, rasa dan bau maka rosaklah seluruh makanan itu, haram mengambilnya, dan tidak harus sama sekali menggunakannya.

Berdasarkan kepada resolusi Nadwah Fiqh kali ke lapan bagi pertubuhan Ilmu-Ilmu perubatan Islam di Kuwait (ayar/mei 1995) memutuskan bahawa:

TIDAK HARUS menggunakan makanan yang mengandungi kuantiti tertentu arak, walaupun kecil, lebih-lebih lagi ia banyak di jual di Negara Barat seperti sesetengah makanan seperti chocolate, ditambahkan lagi dengan makanan sejuk seperti aiskrim
 Oleh itu, asas syarak yang menjelaskan  bahawa benda yang memabukkan walaupun mengambil sedikit daripadanya juga dikira haram. Tidak ada kelonggaran syarak pada perkara tersebut.

ISU TENTANG ALKOHOL


MENGGUNAKAN ALKOHOL DALAM PROSES PEMBUATAN MINYAK WANGI

Bahan yang dikenali dengan nama alcohol Athyl dikira sebagai bahan yang suci, sekiranya kita letakkannya sebagai satu bahan yang baru, kerana memakai prinsip asal sesuatu bbenda itu adalah suci.Isu ini melibatkan isu perubahan zat sesuatu benda atau al-Istihalah.
Teori perubahan zat sesuautu (al-Istihalah) yang terdapat di dalam ilmu fiqh memabawa maksud, apabila bahan bernajis atau haram, berubah konsep dan bentuk zatnya, menjadi bahan lain yang berbeza dengan yang asal dari segi nama, kriteri, dan sifatnya.ia menjadi sesuatu yang Halal.
Seluruh zat yang baru, yang munculdari hasil perubahan bahan-bahna najis dan haram, asalnya adalah suci dan halal. Tidak ada nas yang mengatakan, ia najis atau haram digunakan. Ia adalah satu bahan yang baik sepertimana juga benda-benda yang baik yang lain, yang terdapat di atas muka bumiini, dianugerahkan oleh Allah skepoada hamba-hambanya dan menghalalkan pengggunaannya.
Menurut Ibn Taimiyyah, inilah asal yang diputuskan. Bahaan-bahan yang disebutkan ini , tidak disentuh okeh mana-mana nas berkaitan pengharamannya., baik bentuk lafaz mahupun makna. Kerana itu, tidak diharamkan dan tidak termasuk dalam pengertian yang diharamkan.kerana itu dalam pengerti juga tidak ada ruang untuk mengharamkannya, bahkan termasuk daklam perkara-perkarayang disentuh oleh nas yang menghallakannya dank e dalkam benda-benda yang baik.Selain itu, ia termasuk dalam pengertian yang telah disepakati kehalalannya. Nas dan qias menghukumkannya sebagai halal.

PERSOALAN SEMASA YANG DIKAITKAN DENGAN ARAK MENGIKUT AL-QIYAS


Antara persoalan semasa berkaitan dengan Al-Qiyas yang akan dibincangkan di sini ialah penyalahgunaan dadah, ganja, pil khayal, menghidu gam, todi, tuak dan seumpamanya yang mengkhayalkan serta memabukkan, baik dengan cara suntikan, hisap atau sedut, telan, hidu atau minum.
Pengharaman arak sama ada yang diperah daripada anggur atau tamar adalah berdasarkan dalil-dalil atau nas daripada Al-Quran dan As-Sunnah yangtelah dinyatakan sebelum ini. Pengharamannya atas dasar atau ‘illah dan sebabnya ialah memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal. Jika ditinjau dalam konteks semasa, kini terdapat pelbagai jenama ada benda yang boleh memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal atau mengkhayalkan seseorang.Apa yang dijelaskan melalui nas adalah arak sahaja dan ia ditetapkan had atau sesiapa yang sabit dijatuhkan hukuman hudud 40 sebatan atas dasar memabukkan dan syaratnya dengan cara meminum. Sedangkan dalam konteks semasa, benda-benda yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal digunakan melalui suntikan atau telan atau hidu atau hisap atau sedut. Semua itu tidak dijelaskan secara langsung dalam mana-mana nas sama ada di dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah.
Lantaran itulah, untuk menangani masalah semasa dalam konteks kini, para ulama’ mujtahid menggunakan dalil Al-Qiyas untuk mengeluarkan hukum berdasarkan persamaan pada ‘illah atau sifat dan sebab. Iaitu semua benda tersebut adalah haram atas dasar memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal seperti arak, tanpa mengira cara pengambilannya, baik dengan cara menghidu, menelan,menyedut atau suntikan.
                                        
Kesimpulannya, Islam melarang keras umatnya meminum arak atau segala minuman yang memabukkan tidak kira sama ada ia berasal dari perahan anggur,tamar, beras, tapai, tuak dan sebagainya. Pengharaman arak adalah membawa faedah yang amat besar kepada manusia dan masyarakat kerana salah satu diantaranya, arak dapat menghilangkan kewarasan akal.
Oleh itu, al-Quran menetapkan bahawa minum arak diharamkan dan dianggap sebagai amalan syaitan serta mendapat dosa. Dengan melakukan kemungkaran ini, umat Islam bukan sahaja boleh kehilangan petunjuk daripada Allah SWT tetapi mereka juga akan kehilangan rahmat serta semakin dekat dengan syaitan. Walaupun pembentukan undang-undang pengharaman arak dilakukan secara beransur-ansur pada zaman awal kedatangan Islam, namun Islam sangat bertegas dalam melarang keras.



ISU TENTANG ARAK


MENGGUNAKAN BEKAS ARAK UNTUK MENYIMPAN MAKANAN

Berdasarkan kepada pendapat ulama, ada diantara mereka yang menghukumkan arak tidak najis, maka tidak menjadi masalah menggunakan bekas yang pernah diisikan dengan arak untuk menyimpan makanan. Tetapi ia perlu dibasuh terlebih dahulu sepertimana membasuh bekas makanan setelah makan.
Walaubagaimanapun jika penggunaannya menimbulkan isu di dalam masyarakat memandang jijik kepada makanan yang disimpan di dalam makanan tersebut, lebih baik dielakkan , kerana menjahui perkara yang meragukan itu sangat diutamakan di dalam islam, sebagaimana menjahui kemudharatan juga  juga dituntut dalam islam.Ini sesuai dengan sabda Rasullullah di dalam sesebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Hasan bin Ali r.a yang bermaksud: 

“tinggalkanlah sesuatu yang meragukan anda kepada sesuatu yang tidak meragukan anda”



MENEGUK ARAK BAGI MENGHILANGKAN TERCEKIK MAKANAN
Menyentuh persoalan berhubung keharusan meneguk arak bagi menghilangkan tercekik makanan, Abu Bakar Muhammad (2006) menjelaskan hal yang demikian adalah tidak dibolehkan kerana bimbang orang itu hanya sekadar menjadikan tercekik sebagai alasan untuk mengelakkan diri dari dijatuhkan hukuman. Hal ini berbeza dengan keadaan darurat kerana terpaksa minum arak dengan sebab paksaan, maka dia boleh minum tanpa sebarang khilaf.Sebaliknya, Ibnu Habib mengutarakan pandangan yang berbeza, beliau menyatakan bahawa dibolehkan seseorang meneguk arak apabila tercekik makanan kerana ia dalam keadaan darurat. Ini dikukuhkan dengan pendapat para ulama berhubung hal ini iaitu “Orang yang terpaksa makan bangkai, darah dan daging babi,akan tetapi dia tidak makan sehingga menyebabkan dia binasa, maka dia akanmasuk neraka melainkan jika Allah mengampunkannya”.Allah SWT mengharamkan bangkai, darah dan daging babi dalam bentuk ain yang tertentu pada waktu yang mutlak (umum).
Kemudian datang dalil yang mengkhususkan sesetengah ain dalam sesetengah masa dan keadaan. Dalam hal ini Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakanbangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidakmengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi MahaMengasihani.”
(Surah Al-Baqarah : 173)