Wednesday, November 25, 2015

TAHUKAH ANDA ???


السلام عليكم ورحمة الله وبركة
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, keajaiban kekuasaan Allah s.w.t .
Setiap ciptaan Allah s.w.t di atas dunia ini bertujuan untuk manusia berfikir dan mengagumi segala ciptaan-Nya.
Wal hal haiwan yang dasarnya tidak mempunyai akal seperti manusia. Tetapi 'mereka' mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jadi, jom lihat keistimewaan haiwan makhluk ciptaan Allah s.w.t yang sangat mengagumkan.



SEMUT 
  • semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya

KELAWAR
  • kelawar selalunya membelok ke kiri apabila keluar dari gua




KATAK BERACUN ( POISON FROG )
  • hanya 0.16 mg toksin yang dikeluarkan oleh " poison frog" boleh membunuh 180 paun manusia


LEBAH MADU
  • seekor lebah perlu menghisap 4000 kuntum bunga unuk mendapatkan satu sudu besar madu

KAMBING
  • kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat
BURUNG UNTA
  • burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m


ZIRAFAH
  • seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci

BABI BETINA
  • babi betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap dan selalunya dua belas
BURUNG
  • lebih 10000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap

AYAM JANTAN
  • ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya

GAJAH
  • semua gajah berjalan berjengkit-jengkit kerana bahagian belakang kakinya dibuat daripada lemak dan tidak bertulang


ITIK
  • itik yang berada di luar kumpulan tidur dengan sebelah mata terbuka tetapi yang berada di tengah pula dengan penuh yakin menutup kedua-dua belah mata


ANJING
  • anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka 'bulldog' dan 'pit bulls' cuma ada 10. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing lain menyebabkan perkelahian.

LEMBU

  • seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya
KUCING
  • seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam ( 12 batu sejam ) apabila ia matang
PANDA
  • diet panda ialah 99% buluh

RAMA-RAMA
  • deria rasa rama-rama di kaki belakangnya

KANGAROO
  • sekiranya ekor kangaroo diangkat, ia tidak boleh melompat sebab ekornya berfungsi untuk mengimbangnnya.

CHEETAH
  • haiwan darat yang paling pantas didunia ialah cheetah. Kelajuan yang boleh dicapainya ialah 60 sehingga 70 batu perjam ( 110 km ) sejam 
CENGKADAK
  • cengkadak hanya mempunyai satu telinga
NYAMUK
  • hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protin dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur
TUPAI
  • gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun, tapi masih pendik kerana penggunaannya yang kerap



RUSA
  • kelenjar di kaki rusa akan meninggalkan bau di jejak yang dilaluinya dan akan membantu mereka berkomunikasi diantara sau sama lain
ZEBRA
  • tidak ada 2 ekor zebra yang mempunyai tanda yang sama


LABAH-LABAH
  • labah-labah mempunyai hidung di kaki yang boleh mengesan bau yang berkemungkinan mangsa, pemangsa atau pasangannya
ULAR TEDUNG
  • ular tedung berleher hitam boleh menyemburkan bisa ke musuh sehingga sejauh 2.5 m ( 8 kaki )
BEBIRI
  • seekor bebiri dewasa boleh menyimpan sehingga 2 liter air ubat kutu selepas mandi kutu
CIMPANZI
  • cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidak boleh berbuat demikian
SIPUT
  • siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak. Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di mata pisau tajam dan tidak melukakan mereka.
BELALANG
  • belalang boleh melompat sejauh 40 kali ganda panjang badannya
BURUNG HANTU
  •  burung hantu mempunyai bola mata yang berbentuk tiub. Oleh itu mereka tidak boleh menggerakkan mata mereka. Untuk melihat sekeliling mereka terpaksa mengerakkan keseluruhan kepala
TAPAK SULAIMAN
  • ada tapak sulaiman yang tidak perlu pasangan untuk membiak malah mereka boleh pecah kepada dua dan 'tangan' yang baru akan tumbuh
 
LALAT
  • lalat mempunyai 4000 kanta di setiap matanya

SINGA
  • terdapat beberapa ekor singa yang boleh mengawan lebih daripada 50 kali sehari


BADAK SUMBU
  • tanduk badak sumbu dibuat dari bulu yang dipadatkan
IKAN YU
  • satu set gigi ikan yu boleh tumbuh dalam masa satu minggu

ARNAB
  • sistem penghadaman arnab adalah unik. Ia akan berehat dalam lubang tanah selepas makan dan kemudian mengeluarkan najis lembut yang terjadi dari makanan yang separa hadam. Arnab akan makan najis tersebut untuk mendapat khasiatnya. Kemudian ia akan mengeluarkan najis berbiji-biji keras di luar lubang tanah

TIKUS
  • gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi

BUAYA
  • makanan permulaan anak buaya mengandungi beberapa biji batu. Para saintis berpendapat batu ini sebagai pemberat yang membantu supaya dalam keadaan tegak semasa berenang dan mengisar makanan semasa penghadaman.
 
BURUNG BELATUK
  • burung belatok boleh mencatuk dua puluh kali dalam masa satu saat


HARIMAU
  • bukan hanya mempunyai bulu yang berbelang malahan kulitnya berbelang

 BURUNG PENGUIN
  •  burung penguin jantan akan mengeram sebiji telur yang di telurkan oleh pasangannya, semasa tempoh dua bulan ia tidak makan dan akan hilang 40 % dari berat badannya


ANGSA
  • kumpulan angsa akan berjalan-jalan garisan panjang , terbang dalam bentuk v. Semasa seekor angsa mengepak ini akan meningkatkan daya untuk lain yang mengikut, malah lebih 70 % daya penerbangan jika di bandingkan terbang bersedirian. 

IKAN LUMBA-LUMBA
  • ikan lumba-lumba perlu sedar semasa bernafas oleh itu mereka tidak boleh tidur nyenyak kerana ini boleh menyebabkan mati lemas. Mereka telah '' menyelesaikan '' masalah ini hanya sebahagian dari otaknya yang tidur.  


LANDAK
  • landak dilahirkan bogel dan ''duri'' dibadannya terdapat dibawah kulit dan akan bertunas dalam masa 36 jam.



 MONYET
  • ekor monyet membantunya untuk imbangan 

 SKUNK
  • skunk boleh mengeluarkan bau busuknya itu sejauh 10 kaki

ULAT BULU
  • manusia mempunyai lebih kurang 600 otot tetapi ulat bulu ada lebih 4000


IKAN EMAS
  • ikan emas akan akhirnya bertukar warna putih jika diletakkan di dalam bilik yang gelap.