Monday, November 16, 2015

NOTA USUL FIQH 1

 DEFINISI USUL DAN FIQH

USUL
  • Asas, di bina di atasnya ( bahasa )
  • Terkandung ( istilah ) - dalil - rajih - kaedah - apa yang dibina di atasnya
FIQH
  • Mengeahui dan memahami  ( bahasa )
  • Pengetahuan tentang hukum-hukum syara' yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci

DEFINISI USUL FIQH

MAZHAB SYAFIE :
  • Pengetahuan tentang dalil-dalil fiqh secara ringkas
  • Cara-cara mengeluarkan hukum darinya
  • Keadaan mereka yang mengambil faedah darinya
  • contoh : suruhan itu mesti dilakukan, larangan itu mesti ditinggalkan
MAZHAB HANAFI
  • Suatu kaedah yang digunakan sebagai alat untuk mengeluarkan hukum praktikal yang bersumberkan dalil qat'i dan zanni
SEJARAH USUL FIQH
  • Secara tidak langsung - zaman Rasulullah s.a.w - tempat rujukan
  • Zaman sahabat - orang yang terdekat dengan Rasulullah s.a.w - mereka arif dalam bidang ini.
  • Pada kurun ke - 2 hijrah , ilmu ini dihasilkan secara langsung
  • Imam Muhammad Bin Idris Ash-Syafie
USUL FIQH DI ZAMAN RASULULLAH
  • Mengenai kehujahan Al-Quran, Sunnah dan Ijtihad
  • Muaz diutus ke Yaman
USUL FIQH DI ZAMAN PARA SAHABAT
  • Pengumpulan al-Quran dari ijtihad Umar dan masalih mursalah untuk kemaslahatan umat Islam
  • Qiyas dan Sadd al-Zaraa'i mengelak bahaya dan kemudaratan mengenakan hukuman sebatan daripada 40 sebatan ke 80 sebatan bagi peminum arak
 SKOP PERBAHASAN USUL FIQH
  • Membahaskan tentang dalil hukum samada yang disepakati 
  • Mengeluarkan hukum daripada dalil-dalil serta beramal dengannya
  • Membahaskan tentang kaedah-kaedah yang umum
FAEDAH MEMPELAJARI USUL FIQH
  • Untuk mengetahui cara ulama dan mujtahid mengeluarkan hukum
  • Mengetahui hukum syarak yang telah dikeluarkan oleh para mujtahid dan sebab perselisihan para mujtahid dalam menetapkan satu hukum
  • Usul Fiqh sebagai landasan dan panduan untuk memudahkan ulama menetapkan sesuatu hukum
MAKNA HAKIM
  •  Yang mana sesuatu hukum itu datang daripadanya
  • Allah s.w.t  sahaja
  • Rasul hanya perantara
  • Allah s.w.t mengutus rasul memberitahu manusia
MAKNA HUKUM
  • Menetapkan sesuatu terhadap sesuatu ( bahasa )
  • Khitab Allah s.w.t yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf  samada secara tuntutan atau pilihan atau secara wad'i
PEMBAHAGIAN HUKUM

HUKUM TAKLIFI
  • Ijab
  • Nadbu
  • Tahrim
  • Karahah
  • Ibahah
  • Fardu
  • Karahah Tahrim
HUKUM WAD'I
  • Sebab
  • Syarat
  • Mani'
  • Sahih
  • Fasad
  • Azimah
  • Rukhsah
 HUKUM TAKLIFI ( JUMHUR ULAMA )
  • Ijab = khitab Allah s.w.t yang meminta supaya melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan yang pasti
  • Nadbu = khitab Allah s.w.t yang meminta supaya melakukan sesuatu tuntutan dengan secara tidak pasti
  • Tahrim = khitab Allah s.w.t yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti
  • Karahah = khitab Allah s.w.t yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang tidak pasti
  • Ibahah = khitab Allah s.w.t yang membolehkan membuat pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya
MAKNA WAJIB
  • Fardu ( jumhur ulama )
  • Sesuatu perbuatan yang akan diberi pahala apabila dilakukan dan berdosa apabila ditinggalkan.
  • Cara : perbuatan suruhan - fiil yang menunjukkan perbuatan wajib  
MAKNA MANDUB
  • Sunat, nafal, tatawwu' dan mustahab
  • Sesuatu perbuatan yang diberi pahala apabila melakukannya dan tidak berdosa jika meninggalkannya
PEMBAHAGIAN SUNAT
  • Sunat Muakkad
  • Sunat Ghairu Muakkad
  • Sunat Zawaid
 MAKNA HARAM
  • Sesuatu perbuatan yang diberikan pahala apabila menjauhinya dan berdosa jika dilakukan
PEMBAHAGIAN HARAM
  • Haram Lizaatihi
  • Haram Lighairihi
 HUKUM TAKLIFI ( MAZHAB HANAFI )
  • Fardu = khitab Allah s.w.t yang meminta supaya melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan yang pasti melalui dalil Qat'i ( hadis masyhur, al-Quran )
  • Ijab = khitab Allah s.w.t yang meminta supaya melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan yang pasti melalui dalil zanni ( hadis Ahad, Qiyas )
  • Nadbu
  • Ibahah
  • Tahrim = khitab Allah s.w.t yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perkara dengan tuntutan yang pasti melalui dalil zanni
  • Makruh / Mubah = sesuatu perkara yang diberi pahala jika meninggalkannya dan tidak berdosa jika melakukannya

TOKOH ISLAM TERHEBAT

ABDULLAH BIN ABBAS

Nama Ayahandanya 
ABBAS BIN ABDUL MUTHALIB

Lahir
3 TAHUN SEBELUM HIJRAH

Umurnya Ketika Wafat Rasulullah
13 TAHUN

Keistimewaannya
  • Merupakan sahabat Rasulullah s.a.w
  • Pada usia 13 tahun beliau telah berjaya menghafaz 1660 hadis
  • Sangat alim dalam Kitabullah dan sangat faham maknanya
  • Menyediakan air wudhuk apabila Rasulullah s.a.w hendak berwudhuk
  • Sentiasa membonceng dibelakang Rasulullag s.a.w