MENDEFINISI SECARA OPERASI
- Memberi taksiran tentang sesuatu konsep
- Menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan
MEMBUAT HIPOTESIS
- Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pembolehubah yang difikirkan benar
- Menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa
- Pernyatan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya
MENGEKSPERIMEN
- Merancang dan menjalankan pernyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis.
- Mengumpulkan data, mentafsir data sehingga mendapat rumusan daripada pernyiasatan itu.
MERAMAL
- Membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data
BERKOMUNIKASI
- Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model
MENTAFSIR DATA
- Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH
- Mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan
- Dalam sesuatu penyiasatan, satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah bergerak balas.