Friday, December 4, 2015

FIQH ISLAM 2

ZAKAT FITRAH

MAKNA
BAHASA
  • sesuatu itu bertambah dan subur / bersih
ISTILAH
  • mengeluarkan kadar tertentu apabila cukup syarat-syarat tertentu kepada golongan tertentu
  • membersihkan diri daripada perkara syubhah ( mengeluarkan hak orang lain yang ada dalam harta berkenaan )
SEJARAH PENSYARIATAN
  • 2 hijrah
HIKMAH DAN FAEDAH ZAKAT
  • membiasakan diri bersifat pemurah
  • menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang
  • memelihara dari jurang perbezaan sosial dalam masyarakat
  • mengurangkan masalah ekonomi-pengangguran-kemiskinan
  • membersihkan hati daripada sifat-sifat yang keji

Wednesday, December 2, 2015

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN FACEBOOK KEPADA PELAJAR !!!

SEJARAH FACEBOOK

Facebook adalah sebuah rangkaian sosial yang baru saja dirintis pada tahun 2006 oleh seorang mahasiswa Harvard yang bernama Mark Zuckerberg. Mark Elliot Zuckerberg atau Mark Zurkerberg lahir pada 14 Mei 1984 di Dobbs Ferry, Westchester County, New York, Amerika Syarikat ( AS ).
Idea terawal ketika dia bersekolah di Exeter High School. Hampir saat itulah dia berkenalan dengan Adam D'Angelo. Zuckerberg lulus dan masuk Harvard University. Pada awalnya ia membuat program Coursematch yang membolehkan mahasiswa di kelas yang sama melihat daftar teman-teman sekelas. Setelah itu, beliau membuat projek facemash.com.
Di laman ini, para pengunjung boleh memberi komen pada gambar seseorang siswa. Hal ini telah membuatkan beliau dipanggil oleh Badan Administrasi Universiti Harvard kerana mereka menganggap beliau telah merosakkan sistem komputer kampus dan melanggar peraturan di internet serta melanggar hak cipta.
Oleh hal yang demikian, wujudlah Facebook dan diterbitkan pada tahun 2004. Pada waktu yang singkat dua per tiga mahasiswa Harvard menjadi pengguna Facebook.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN FACEBOOK KEPADA PELAJAR !!!

PENGENALAN

Teknologi di era globalisasi telah mengalami kemajuan yang seragam dengan media komunikasi bersaing untuk memberikan informasi tanpa batasan. Dunia kini telah dan sedang berubah dalam proses revolusi informasi dan komunikasi yang melahirkan peradaban baru sehingga mempermudah manusia untuk saling berhubungan serta meningkatkan sistem sosial. Kehadiran media massa seperti surat khabar, radio, televisyen dan internet sebagai komunikasi abad moden telah berpengaruh luas. Suatu pesan atau berita dengan mudah dapat diterima oleh masyarakat dalam waktu yang relatif singkat.
Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisma ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang penjajah.
Bermula dari era tersebut media massa daan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur.