Friday, July 3, 2015

GERBANG PERKAHWINAN "-"

PERCINTAAN REMAJA DAN DIAMBANG PERKAHWINAN


 MASALAH SEKSUAL BAGI REMAJA 

 Apa yang lebih baik adalah para remaja yang mempunyai masalah ini haruslah menyelamatkan diri dan nafsu seks mereka dengan melangsungkan perkahwinan yang mulia dan suci. Namun, jika tidak mampu untuk melangsungkan perkahwinan kerana sebab tertentu, maka eloklah seseorang remaja itu melakukan perkara yang dinyatakan di bawah :

 

    • Menghiasi diri dengan kesabaran

    Hendaklah para remaja bersabar dari melakukan maksiat. Hal ini kerana, bersabar dari maksiat kerana Allah s.w.t di dunia ini adalah lebih ringan daripada bersabar terhadap seksa Allah s.w.t di akhirat kelak.

    Allah s.w.t telah berfirman, jika para remaja tidak mampu untuk berkahwin atas sebab tertentu adalah dengan menjaga diri dari hal yang diharamkan oleh Allah. s.w.t sehingga dia mampu untuk berkahwin.

    "Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesucian ( dirinya ), sampai Allah s.w.t memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. "

     ( SURAH AN-NUR : 33 ) 

     

    • Berdoa kepada Allah s.w.t

    Para remaja lelaki dan perempuan hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar dipertemukan jodoh dan memberi keluasan jalan dari-Nya. Allah s.w.t berfirman :

    " Bukankah Dia ( Allah ) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu ( manusia ) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi ? Apakah di samping Allah ada Tuhan yang lain ? Sedikit sekali ( nikmat Allah ) yang kamu ingat."

    ( SURAH AN-NAML: 62 )