MENGGUNAKAN ALKOHOL DALAM PROSES PEMBUATAN MINYAK WANGI
Bahan yang dikenali
dengan nama alcohol Athyl dikira sebagai bahan yang suci, sekiranya kita
letakkannya sebagai satu bahan yang baru, kerana memakai prinsip asal sesuatu
bbenda itu adalah suci.Isu ini melibatkan isu perubahan zat sesuatu benda atau
al-Istihalah.
Teori perubahan zat sesuautu
(al-Istihalah) yang terdapat di dalam ilmu fiqh memabawa maksud, apabila bahan
bernajis atau haram, berubah konsep dan bentuk zatnya, menjadi bahan lain yang
berbeza dengan yang asal dari segi nama, kriteri, dan sifatnya.ia menjadi
sesuatu yang Halal.
Seluruh zat yang baru,
yang munculdari hasil perubahan bahan-bahna najis dan haram, asalnya adalah
suci dan halal. Tidak ada nas yang mengatakan, ia najis atau haram digunakan.
Ia adalah satu bahan yang baik sepertimana juga benda-benda yang baik yang lain,
yang terdapat di atas muka bumiini, dianugerahkan oleh Allah skepoada
hamba-hambanya dan menghalalkan pengggunaannya.
Menurut Ibn Taimiyyah,
inilah asal yang diputuskan. Bahaan-bahan yang disebutkan ini , tidak disentuh
okeh mana-mana nas berkaitan pengharamannya., baik bentuk lafaz mahupun makna.
Kerana itu, tidak diharamkan dan tidak termasuk dalam pengertian yang
diharamkan.kerana itu dalam pengerti juga tidak ada ruang untuk
mengharamkannya, bahkan termasuk daklam perkara-perkarayang disentuh oleh nas
yang menghallakannya dank e dalkam benda-benda yang baik.Selain itu, ia
termasuk dalam pengertian yang telah disepakati kehalalannya. Nas dan qias
menghukumkannya sebagai halal.
No comments:
Post a Comment