Pengharaman arak telah berlaku secara
beransur-ansur.
Sebelum kedatangan islam orang arab gemar meminum arak. Namun,.hanya
sebahagian kecil sahaja yang tidak meminumnya. Sebahagian diantara mereka yang
telah memeluk islam pernah mendatangi baginda dan menanyakan status minuman
arak dan judi.Pada awalnya Allah s.w.t tidak menurunkan ayat Quran yang mengharamkan
meminum arak dan berjudi secara pasti dan kuat.Allah baru mengharamkannya
secara pasti setelah mereka sendiri mengetahui dan menyedari bahawa dalam arak
dan judi terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia.tetapi bila
diperatuskan sudah tentu dosanya lebih besar yang menyebabkan orang-orang yang
mahu menggunakan akalnya menjauhi manfaat kecil tersebut.Ini berdasarkan firman
Allah di dalam ayat 219 Surah Al-Baqarah.
Firman Allah yang bermaksud :
“
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan
berhala dan mengundi nasib mengunakan batang-batang anak panah adalah semuanya
kotor dari perbuatan syaitan.Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
Berjaya.”
(Surah Al-Mai`dah ayat 90)
Hadis Ibnu Umar r.a
katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan
setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang minum arak di dunia lalu
meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat,
maka dia tidak dapat meminumnya di akhirat kelak ( syurga ). “
Nabi Muhammada s.a.w
bersabda:
“ Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak,
adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit.”
No comments:
Post a Comment