Tuesday, July 10, 2018

PERSOALAN SEMASA YANG DIKAITKAN DENGAN ARAK MENGIKUT AL-QIYAS


Antara persoalan semasa berkaitan dengan Al-Qiyas yang akan dibincangkan di sini ialah penyalahgunaan dadah, ganja, pil khayal, menghidu gam, todi, tuak dan seumpamanya yang mengkhayalkan serta memabukkan, baik dengan cara suntikan, hisap atau sedut, telan, hidu atau minum.
Pengharaman arak sama ada yang diperah daripada anggur atau tamar adalah berdasarkan dalil-dalil atau nas daripada Al-Quran dan As-Sunnah yangtelah dinyatakan sebelum ini. Pengharamannya atas dasar atau ‘illah dan sebabnya ialah memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal. Jika ditinjau dalam konteks semasa, kini terdapat pelbagai jenama ada benda yang boleh memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal atau mengkhayalkan seseorang.Apa yang dijelaskan melalui nas adalah arak sahaja dan ia ditetapkan had atau sesiapa yang sabit dijatuhkan hukuman hudud 40 sebatan atas dasar memabukkan dan syaratnya dengan cara meminum. Sedangkan dalam konteks semasa, benda-benda yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal digunakan melalui suntikan atau telan atau hidu atau hisap atau sedut. Semua itu tidak dijelaskan secara langsung dalam mana-mana nas sama ada di dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah.
Lantaran itulah, untuk menangani masalah semasa dalam konteks kini, para ulama’ mujtahid menggunakan dalil Al-Qiyas untuk mengeluarkan hukum berdasarkan persamaan pada ‘illah atau sifat dan sebab. Iaitu semua benda tersebut adalah haram atas dasar memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal seperti arak, tanpa mengira cara pengambilannya, baik dengan cara menghidu, menelan,menyedut atau suntikan.
                                        
Kesimpulannya, Islam melarang keras umatnya meminum arak atau segala minuman yang memabukkan tidak kira sama ada ia berasal dari perahan anggur,tamar, beras, tapai, tuak dan sebagainya. Pengharaman arak adalah membawa faedah yang amat besar kepada manusia dan masyarakat kerana salah satu diantaranya, arak dapat menghilangkan kewarasan akal.
Oleh itu, al-Quran menetapkan bahawa minum arak diharamkan dan dianggap sebagai amalan syaitan serta mendapat dosa. Dengan melakukan kemungkaran ini, umat Islam bukan sahaja boleh kehilangan petunjuk daripada Allah SWT tetapi mereka juga akan kehilangan rahmat serta semakin dekat dengan syaitan. Walaupun pembentukan undang-undang pengharaman arak dilakukan secara beransur-ansur pada zaman awal kedatangan Islam, namun Islam sangat bertegas dalam melarang keras.



No comments:

Post a Comment