Saturday, December 17, 2016

SEJARAH IMAM NAWAWI



Imam Nawawi

 Seorang syekh islam yang banyak menulis buku, ahli hadis, fikah dan bahasa. Beliau juga dikenali sebagai mujtahid yang sibuk dengan kegiatan muzakarah disamping juga dikenali juga dengan panggilan al- hafiz muhyiddin an- nawawi. Nama penuhnya adalah muhyiddin abu zakaria yahya bin syaraf bin marri al-khazami. 

Imam Nawawi meninggal dalam usia 45 tahun. Sebelum meninggal, beliau sempat pergi makkah untuk menunaikan ibadah haji bersama ibu bapanya. Dia menetap di madinah selama 15 bulan dan sempat berkunjung ke baitulmaqdis( Jerusalem ). Beliau tidak pernah bernikah sampai akhir hayatnya.

Ketika berusia 19 tahun, beliau menuntut di sekolah “ar-rawahiya” di Damascus.Beliau sangat tekun mencari ilmu selama 20 tahun sehingga beliau menguasai beberapa disiplin ilmu agama seperti hadis dan ilmu hadis, fikah dan asul fikah serta bahasa. antara guru-gurunya ialah rida bin burhan, az-zaid  Khalid, abdul azis bin Muhammad al-ansari, zainuddin bin abdul daim,imadudin abdul karim al-harastani, zainuddin khalaf bin yusuf, taqiuddin bin abi al-yassar, jamaluddin bin as-sirafi dan syamsuddin bin amr. Pelajaran hadis khususnya diperoleh daripada ulama hadis seperti abu ishaq Ibrahim bin isa al-muradi. usul fikah daripada al-qadi at-taflis  dan fikah daripada al-kamal ishaq al-mari dan syamsuddin Abdurrahman al-ma’mari. kitab-kitab hadis sepeti al-kutub as-sittah, al-musnad, dan al-muwatta dikuasainya. Menurut ibn atar salah seorang muridnya beliau meluangkan membaca setiap hari sebanyak 12 pelajaran dalam pelbagai disiplin ilmu.

Beliau adalah pembimbing yang berkesan bagi mereka yang baru belajar agama.Dalam kehidupan hariannya beliau menjalani hidup yang sederhana seperti makan hanya sekali sehari iaitu setelah solat isyak begitu juga minum.Dalam ibadah beliau memperbanyakkan puasa, berzikir dan wirid.dalam menghadapi masalah dunia,Beliau juga seorang yang zuhud, warak, qanaah dan redha dengan tetap menjaga diri dengan hal-hal duniawi. 

Perhatiannya terhadap keadaan sosial sangat besar.Beliau menegakkan amar makruf nahi mungkar.Beliau membimbing para pemimpin dan orang-orang yang zalim dan mungkar kepada ajaran agama. Beliau melarang masyarakat syam ( kini Syria ) memakan buah-buah yang dinilainya syubhat yang hukumnya menjadi perselisihan para ulama. 

Murid-muridnya antara lain ialah al-khatib sadar, sulaiman al-ja’fari, syihabuddin ahmad binja’wan ,syihabuddin al-arbadi, alanuddin bin atar, ibn abi al-fath,al-mizzi dan ibn attar.
 Sejak berusia 25 tahun hingga wafatnya ( 656 – 676 hijrah/ 1257-1277 masihi ), imam nawawi menulis sejumlah kitab, antara lainnya syarh kitab hadis susunan al-bagawi dan syarh hadis karya ad-daruqutni, ar-raudah, al-majmu’ ( syarh al-muhazzab ),at- tibyan fi adab hamlah al-quran, tahrir al asma’ wa al-lugah, syarh sahih muslim, khulasah fi al-hadis

#SUMBER BOLEH DIDAPATI DI PERPUSTAKAAN DESA PEKAN LAYANG-LAYANG