Friday, June 2, 2017

STRATEGI MENGATASI KETAGIHAN ALKOHOL

Ketagihan alkohol merupakan satu keadaan di mana seseorang tidak dapat lari daripada penggunaan bahan-bahan ini. Penagih akan menghabiskan banyak masa dengan minum arak dan secara automatic membuat tabiat paras pengambilan menjadi tidak terkawal. Justeru itu, terdapat beberapa strategi bagi mengatasi ketagihan alkohol iaitu :-

1.1  Melaksanakan Terapi Dan Kaunseling
Rawatan bagi pesakit ketagihan alkohol biasanya dilakukan melalui terapi dan kaunseling, sama ada di hospital atau dalam pemulihan, di bawah bimbingan pakar-pakar yang berkaitan dengan keadaan. Kejayaan atau kegagalan rawatan ketagihan alkohol bergantung kepada kesanggupan yang kuat di bahagian dalam penagih untuk bebas daripada belenggu bahan ini.
Biasanya semasa terapi, penagih akan diminta untuk mengurangkan dos penggunaan alkohol. Semasa terapi dijalankan biasanya penagih akan mengalami sawan, pening dan muntah, kemurungan, insomnia, tangan mengalami goncangan atau gegaran, sentiasa marah, degupan jantung yang tidak teratur, sentiasa berpeluh dan berkhayal. Oleh itu, untuk mengurangkan gejala dan keinginan terhadap alkohol tersebut, doktor atau ahli terapi akan memberikan ubat chlordiazepoxide.

1.2  Berpuasa
Menurut Profesor Dr. Malik Badri strategi mengatasi ketagihan alkohol adalah dengan menghentikannya dengan berpuasa. Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa dengan berpuasa dapat membuang toksik atau racun dari badan.

1.3  Bersumpah Di Hadapan Al-Quran
Bersumpah dengan meletakkan tangan pada kitab Suci al-Quran, setelah berwuduk, dengan mengucapkan, “ Demi Allah s.w.t Yang Maha Besar serta KitabNya, kami tidak akan pernah lagi menyentuh khamr”.

1.4  Membina Ikatan Akidah (Kepercayaan)
Pada peringkat awal penyebaran Islam, salah satu cara bagi menghilangkan ketagihan alkohol adalah dengan banyak menyentuh persoalan tauhid. Tauhid dengan maksud mengesakan Tuhan dan kepatuhan kepada rasul-Nya yang ditugaskan untuk membimbing manusia dan kepercayaan terhadap perkara-perkara yang ghaib seperti adanya malaikat dan hari akhirat. Di samping penekanan suruhan berbuat baik dan meninggalkan perbuatan yang jahat atau mungkar.

1.5  Membina Ikatan Kerohanian
Impian setiap manusia adalah menjadikan roh dan jiwa tenang dan tenteram. Hati yang tenang dan tenteram membolehkan seseorang membuat keputusan dengan tepat dan bijaksana. Antara cara memperolehi roh dan jiwa yang tenang adalah :-
1.5.1        Mendirikan solat
Sembahyang ima kali sehari semalam adalah ibadat yang amat tinggi nilainya di sisi Islam. Ini adalah kerana solat fardhu adalah satu-satunya ibadat yang amat kerap menghubungkan seseorang hamba dan Tuhan. Kekerapan hubungan ini menjadikan seseorang itu sentiasa berada di bawah perlindungan Allah s.w.t.
Di samping itu, solat fardhu dapat membentuk peribadi menjadi orang yang sabar, tekun dan berdisiplin. Apabila cirri-ciri yang baik ini sudah meresap ke dalam jiwa, tentu sekali akan menikmati ketenangan dan ketenteraman yang sejati. 

1.5.2        Membaca dan menghayati ayat-ayat al-Quran
Al-Quran adalah sebuah kitab yang penuh dengan ayat-ayat yang diiringi dengan wasiat dan nas-nas yang disampingi dengan pengajaran untuk membimbing pembaca kepada perkara yang boleh memberikannya manfaat dalam agamanya, dunianya dan akhiratnya. Membaca dan menghayati al-Quran juga member kesan yang mendalam kepada hati dan roh. Apabila seseorang Muslim mendengar ayat-ayat Allah s.w.t dibacakan, hatinya akan menjadi khusyuk, jiwanya akan cenderung kepadanya, manakala rohnya akan bergerak-gerak ketika diketuk oleh bacaan ayat-ayat itu. Serentak dia akan berjanji kepada Allah s.w.t untuk melaksanakan segala pengajaran-Nya dan akan menurut segala larangan-Nya. Diriwayatkan oleh at-Thabarani daripada Saidina Ali bahawa Nabi s.a.w telah bersabda,
“ Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara : Cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta membaca al-Quran. Sesungguhnya para pembaca al-Quran itu berada di dalam naungan melainkan naungan-Nya bersama-sama para Nabi –Nya dan orang-orang-Nya.” 
1.5.3        Berkunjung ke masjid
Diriwayatkan oleh at- Termizi daripada Abu Said al-Khudri r.a daripada Nabi s.a.w baginda bersabda,
“ Jika kamu lihat seseorang itu selalu pergi ke masjid, maka saksikanlah keimanan baginya.”
Masjid adalah tempat suci bagi orang-orang Islam yang beriman. Kehadiran umat Islam ke masjid tidak lain melainkan melaksanakan ibadat dan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk peribadi mulia. Terdapat beberapa faedah besar bagi orang-orang Islam yang sering menjejakkan kaki ke masjid. Antaranya,
1.5.3.1  Pergaulan yang baik
Mereka yang sering ke masjid biasanya akan memiliki sahabat-sahabat yang terpuji akhlaknya. Tidak ada sesiapa pun yang dating ke masjid dengan niat untuk melakukan maksiat atau kemungkaran. Oleh itu, kehadiran mereka yang baik akhlaknya ke masjid akan mempengaruhi jiwa seseorang untuk turut menjadi golongan yang mulia.
1.5.3.2  Berpeluang mendekatkan diri dengan orang-orang yang berilmu seperti imam dan ustaz
Masjid bukan sekadar tempat untuk mendirikan sembahyang berjemaah. Lebih dari itu masjid adalah sumber ilmu pengetahuan dan pusat kaunseling. Seseorang itu boleh mencurahkan segala masalah sama ada bersangkutan dengan hal-hal peribadi atau berhubung dengan masalah pembelajaran kepada para imam, ustaz ataupun ahli-ahli jawatankuasa masjid. 
1.5.3.3  Berpeluang mengikuti peningkatan ilmu dan amal
Biasanya di masjid-masjid aktiviti-aktiviti seperti taddarus al-Quran, qiamullail, ceramah umum, ceramah khusus, tilawah al-Quran, kursus kessedaran dan sebagainya diadakan. Ia bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan umat Islam mengenai Ilmu Islam di samping membersihkan jiwa dan roh.
1.5.3.4  Mendapat ganjaran pahala
Melangkah kaki ke masjid kerana mendirikan sembahyang berjemaah dan mengikuti program-program peningkatan ilmu dan amal bukan sahaja meninggikan martabat seseorang muslim, malah Allah s.w.t akan memberikan pahala. Ini adalah kerana setiap perbuatan yang baik itu dianggap ibadah. Dan setiap ibadah ada ganjaran pahalanya.

1.5.4        Berzikir
Zikir itu beerti mengingati diri tentang keagungan Allah s.w.t dalam hal ehwal yang berhubung rapat dengan diri seseorang mukmin sama ada peringatan itu di dalam otak, di dalam hati, secara lisan atau melalui perbuatan. Apabila seseorang itu sentiasa mengingati Allah s.w.t walau dimana dia berada maka secara tidak langsung kita mengakui bahawa Allah s.w.t sedang mengawasi setiap perbuatan di dunia ini.

1.5.5        Mengerjakan ibadah nawafil
Walaupun ibadah nawafil seperti sembahyang sunnat atau puasa sunnat itu hanyalah ibadat yang dilakukan secara sukarela, namun sekiranya ia dilaksanakan secara tekun dan konsisten, seseorang itu akan dapat meningkatkan lagi ketinggian peribadinya. Perintah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w supaya mendirikan sembahyang pada waktu malam adalah bertujuan untuk membina kekuatan rohani dan jasmani baginda sebagai persiapan menghadapi cabaran-cabaran dan ujian-ujian yang lebih berat. Oleh itu, ternyata ibadah nawafil dapat membina kekuatan dalam diri seseorang. In shaa Allah.

1.6  Membina Ikatan Pemikiran Yang Sihat
Ikatan pemikiran adalah penting khususnya dari sudut membezakan yang baik dengan yang buruk atau membezakan sesuatu yang samar-samar baiknya dan yang samar-samar buruknya. Segala keputusan yang dibuat adalah berdasarkan pemikiran. Oleh itu, cara bagi membina ikatan pemikiran yang sihat adalah :-
1.6.1        Ilmu pengetahuan
Ilmu pengetahuan akan membantu seseorang itu menilai buruk dan baik segala sesuatu yang dilihat, didengar, dirasa, disentuh dan dihidu dengan menggunakan kelima-lima alat deria yang penting. Dengan ilmu pengetahuan juga seseorang itu dapat melihat wawasan hidupnya pada masa akan dating dengan mempelajari sejarah silam dan peradaban manusia yang lalu.
1.6.2        Membersihkan hati dan jiwa
Seseorang yang mempunyai hati dan jiwa yang bersih dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t

1.7   Membina Ikatan Kemasyarakatan
 Selain daripada hubungan manusia dengan Pencipta. Manusia memerlukan perhubungan diantara manusia dan manusia. Jika perhubungan diantara manusia dengan Pencipta adalah baik maka hubungan manusia dengan manusia baik jua. Oleh itu, seseorang iu perlulah menjaga tingkah lakunya bersama ahli keluarga,teman sebaya, masyarakat setempat, sekolah dan tempat bekerja.

1.8  Ikatan riadah

Kesihatan tubuh badan adalah penting bagi menjamin kesejahteraan hidup. Rehlah adalah antara aktiviti sosial yang sihat. Contohnya, perkhemahan, melancong dan perkelahan yang disertai dengan pergaulan yang sihat akan dapat menenagkan jiwa di samping dapat mebina minda yang cerdas. Aktiviti ini juga dapat menghubungkan seseorang itu dengan alam sekitar. Pengamatan terhadap keindahan alam akan dapat membuka hati seseorang itu terhadap Kebesaran Allah s.w.t atas ciptaan-Nya yang Maha Agung.

KESAN ALKOHOL TERHADAP PERHUBUNGAN KEKELUARGAAN

Seorang yang normal, sihat fikiran dan tubuh badan akan menjadi tidak siuman sekiranya dia mengambil alkohol seterusnya mengakibatkan perbuatan luar kawalan dan yang menjadi mangsa sebenarnya ialah peminum itu sendiri, isteri, anak-anak, kaum keluarga terdekat dan masyarakat seluruhnya.
Biasanya isteri dan anak-anak yang menjadi mangsa utama. Penceraian dan anak-anak lari dari rumah. Malah pembunuhan tanpa niat adalah sesuatu yang tidak mustahil dilakukan oleh seseorang yang sedang mabuk kerana alkohol.

Alkohol boleh menyebabkan kebajikan keluarga tidak terurus dan kesejahteraan keluarga terjejas. Akibatnya rumahtangga menjadi porak peranda dan perpisahan serta perceraian berlaku. 

KESAN ALKOHOL TERHADAP HUBUNGAN SEKS

Alkohol akan membawa kesan-kesan yang dapat mematikan perasaan belas kasihan kepada sesama manusia, melemahkan semangat dan ghairah hidup, menghilangkan kemampuan mengawal emosi, kemerosotan prestasi seks dan tindakan agresif. Alkohol merupakan faktor utama dalam beberapa kes jenayah seperti rogol, perhubungan jenis antara saudara yang berhampiran dan mencaci maki kanak-kanak.

KESAN ALKOHOL TERHADAP SAHSIAH DIRI

Alkohol akan mengubah “mood” seseorang. Memandangkan alkohol merupakan sejenis depresan, ia tidak akan merangsangkan tetapi akan memperlahankan badan si peminum. Alkohol juga menyebabkan seseorang bertindak secara agresif.

KESAN ALKOHOL TERHADAP KEMAHIRAN MEMANDU

Sebahagian besar daripada kemalangan jalan raya adalah akibat daripada penyalahgunaan alkohol. Alkohol membawa kesan seperti berikut yang berikut :
·         Kemerosotan pertimbangan
·         Kehilangan daya tumpuan ketika memandu
·         Masalah penglihatan yang kurang jelas

·         Kemerosotan tindakan reflex