MENGGUNAKAN BEKAS ARAK UNTUK MENYIMPAN MAKANAN
Berdasarkan kepada
pendapat ulama, ada diantara mereka yang menghukumkan arak tidak najis, maka
tidak menjadi masalah menggunakan bekas yang pernah diisikan dengan arak untuk
menyimpan makanan. Tetapi ia perlu dibasuh terlebih dahulu sepertimana membasuh
bekas makanan setelah makan.
Walaubagaimanapun jika
penggunaannya menimbulkan isu di dalam masyarakat memandang jijik kepada
makanan yang disimpan di dalam makanan tersebut, lebih baik dielakkan , kerana
menjahui perkara yang meragukan itu sangat diutamakan di dalam islam,
sebagaimana menjahui kemudharatan juga
juga dituntut dalam islam.Ini sesuai dengan sabda Rasullullah di dalam
sesebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Hasan bin Ali r.a yang bermaksud:
“tinggalkanlah sesuatu
yang meragukan anda kepada sesuatu yang tidak meragukan anda”
MENEGUK ARAK BAGI MENGHILANGKAN TERCEKIK MAKANAN
Menyentuh persoalan berhubung keharusan meneguk arak
bagi menghilangkan tercekik makanan, Abu Bakar Muhammad (2006) menjelaskan hal
yang demikian adalah tidak dibolehkan kerana bimbang orang itu hanya sekadar
menjadikan tercekik sebagai alasan untuk mengelakkan diri dari dijatuhkan
hukuman. Hal ini berbeza dengan keadaan darurat kerana terpaksa minum arak
dengan sebab paksaan, maka dia boleh minum tanpa sebarang khilaf.Sebaliknya,
Ibnu Habib mengutarakan pandangan yang berbeza, beliau menyatakan bahawa
dibolehkan seseorang meneguk arak apabila tercekik makanan kerana ia dalam
keadaan darurat. Ini dikukuhkan dengan pendapat para ulama berhubung hal ini
iaitu “Orang yang terpaksa makan bangkai, darah dan daging babi,akan tetapi dia
tidak makan sehingga menyebabkan dia binasa, maka dia akanmasuk neraka
melainkan jika Allah mengampunkannya”.Allah SWT mengharamkan bangkai, darah dan
daging babi dalam bentuk ain yang tertentu pada waktu yang mutlak (umum).
Kemudian datang dalil yang mengkhususkan sesetengah
ain dalam sesetengah masa dan keadaan. Dalam hal ini Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan
kepada kamu memakanbangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang
disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana
darurat) sedang ia tidakmengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada
kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun, lagi MahaMengasihani.”
(Surah Al-Baqarah : 173)
No comments:
Post a Comment