PENGENALAN HAJI WADA'
Menunaikan Haji merupakan salah satu Rukun Islam yang ke lima. Ia difardukan pada tahun kesepuluh hijrah. Ini menurut pendapat Ibnu Qayyim (ZAD AL-MA'AD 3/595) dan bersandarkan dengan dalil yang kuat kerana Allah s.w. t telah berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 97
Ertinya :
"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya."
- Pada tahun 9 hijrah, Rasulullah s.a.w memerintahkan Saidina Abu Bakar r.a untuk menunaikan ibadah Haji.
- Apabila turun surah At-Taubah, Rasulullah s.a.w mengutus Saidina Ali r.a untuk menyusuli Saidina Abu Bakar dan mengisytiharkan orang bukan Islam keluar dari bumi Makkah secara berperingkat.
- Rasulullah s.a.w menunaikan Haji pada tahun yang berikutnya yang dikenali sebagai Haji Wada'
PENGERTIAN HAJI WADA'
- Haji Wada' adalah Haji selamat tinggal, Haji yang terakhir Rasulullah s.a.w sebelum baginda wafat.
- Haji Wada' berlaku selepas peristiwa pembukaan kota Makkah.
- Selama 9 tahun Rasulullah s.a.w berada di Madinah, baginda belum mengerjakan Haji. Haji Wada' dilaksanakan pada tahun kesepuluh hijrah.
- Seramai lebih kurang 114 ribu orang sahabat telah berkumpul di Madinah dan berangkat menuju ke Makkah melaksanakan ibadah Haji dengan pimpinan Rasulullah s.a.w
.Menurut buku yang bertajuk DI BAWAH NAUNGAN SIRAH NABAWIYAH karya AMRU KHALID, dinamakan haji Wada' , kerana pada waktu itu Rasulullah s.a.w menyampaikan ucapan perpisahannya kepada seluruh kaum Muslimin dan seluruh umat manusia. Seramai 100000 umat Islam turut serta dalam menunaikan haji Wada' tersebut.
RUJUKAN
- Kitab sirah darjah 5 SAKNJ cetakan pertama 2019
- Ensiklopedia Biografi Rasulullah s.a.w penulis Dr. Ali Muhamad As-Salabi
No comments:
Post a Comment