Tuesday, June 7, 2022

NOTA RINGKAS MENGENAI ZAKAT

 MAKNA ZAKAT

  • MEMBERSIHKAN SESUATU
  • MENAMBAHKAN DAN MENYUBURKAN
  • HARTA YANG WAJIB DIBAYAR PADA PENGHUJUNG BULAN RAMADHAN SEPERTI ZAKAT FITRAH
PEMBAYARAN ZAKAT TELAH DILAKSANAKAN SEJAK TAHUN KE-2 HIJRAH

HUKUM MEMBAYAR ZAKAT

  • SURAH AL-BAQARAH AYAT 42
HIKMAH DAN FAEDAHNYA

  • MENDIDIK DIRI BERSIFAT PEMURAH DAN MULIA
  • MENGUATKAN IKATAN PERSAUDARAAN DAN KASIH SAYANG
  • MEMELIHARA PERINGKAT KECUKUPAN HIDUP
  • MENGHAPUSKAN PENGANGGURAN
  • MERUPAKAN SATU-SATUNYA JALAN UNTUK MEMBERSIHKAN HATI DARIPADA HASAD DENGKI
HUKUM ORANG YANG ENGGAN MENGELUARKAN ZAKAT BAGI BEBERAPA PENDAPAT IMAM YANG MASYHUR

  • KERANA JIKA SESEORANG MANUSIA YANG BERAGAMA ISLAM MENGINGKARINYA
    • IMAM AN-NAWAWI = KAFIR
    • IBNU HAJAR AL-'ASQALANI RAHIMAHULLAH = KUFUR
  • KERANA JIKA SESEORANG MANUSIA YANG BERAGAMA ISLAM BERSIFAT BAKHIL DAN KEDEKUT
    • DIA BERIKTIKAD KEWAJIPANNYA DAN MENGAKUI KEFARDHUANNYA = FASIK DAN BERDOSA
  • JIKA DIA ADALAH ORANG KAFIR 
    • ZAKAT HARTA ( TIDAK PERLU / X DITUNTUT) UNTUK MEMBAYAR ZAKAT
      • ZAKAT FITRAH ( WAJIB ) MERUPAKAN HAK KAUM KERABATNYA YANG MEMELUK AGAMA ISLAM
    SYARAT WAJIB ZAKAT

    • BERAGAMA ISLAM
    • MEMLIKI NISAB (HAD MINIMA HARTA YANG DIMILIKI)
    • CUKUP HAUL SETAHUN (QAMARIYAH) ATAS PEMILIKAN NISAB
    • SEMPURNA MILIK
    • MERDEKA
    HARTA YANG WAJIB DIZAKATKAN
    1. EMAS DAN PERAK
    2. BINATANG TERNAKAN
    3. TANAMAN
    4. PERNIAGAAN
    5. RIKAS DAN GALIAN
    6. PENDAPATAN
    7. WANG SIMPANAN
    8. SAHAM
    JENIS HARTA YANG WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT
    1. MATAWANG
      • EMAS DAN PERAK SAMA ADA TELAH DICETAK MENJADI MATAWANG ATAUPUN MASIH DALAM KETULAN
      • SURAH AT-TAUBAH AYAT 34
      • JENIS-JENIS EMAS DAN PERAK YANG DIKENAKAN ZAKAT
        • DIRHAM PERAK, DINAR EMAS DICETAK MENJADI MATAWANG UNTUK URUSAN JUAL BELI
        • KETULAN-KETULAN EMAS DAN PERAK
        • PERALATAN DAN POTONGAN EMAS DAN PERAK , PENGGUNAAN ATAU PERHIASAN
    2.    BINATANG TERNAKAN
      • UNTA, LEMBU, KERBAU, KAMBING , BIRI-BIRI DAN LAIN-LAIN
    3.     TANAMAN DAN BUAH-BUAHAN
      • MERUPAKAN HASIL YANG WAJIB DIZAKAT KERANA IA MERUPAKAN MAKANAN ASASI MANUSIA SEPERTI TANAMAN PADI YANG MENGHASILKAN BERAS. 
      • BUAH-BUAHAN YANG DIKENAKAN ZAKAT SEPERTI KURMA DAN ANGGUR KERING
      • TANAMAN YANG DIKENAKAN ZAKAT SEPERTI BIJI GANDUM, BARLI, BERAS, KACANG ADAS, KACANG KEDELAI, JAGUNG DAN LAIN-LAIN
    4.     BARANG-BARANG PERNIAGAAN
      • MERUPAKAN PERTUKARAN HARTA DENGAN BARANGAN TERTENTU DENGAN TUJUAN MENDAPATKAN KEUNTUNGAN.
      • SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT BARANG PERNIAGAAN
        • IA DIMILIKI DENGAN JALAN AKAD PERTUKARAN
          • JUAL BELI
          • SEWAAN
          • MAHAR
        • IA TIDAK BOLEH DIMILIKI SECARA WARISAN, WASIAT ATAU HIBAH
        • KERANA SESEORANG PENIAGA ITU SUDAH BERNIAT SEWAKTU MEMILIKINYA UNTUK MENJADIKANNYA BARANG PERNIAGAAN SAHAJA
    5.     BARANG-BARANG GALIAN DAN RIKAZ (HARTA KARUN)
      •     GALIAN
        • GALI - PROSES - MENGHASILKAN LOGAM GALIAN
      • RIKAZ
        • BARANG TERPENDAM SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
        • EMAS DAN PERAK YANG DIKELUARKAN DARI PERUT BUMI

    Tuesday, June 1, 2021

    HAJI WADA'

     PENGENALAN HAJI WADA'

    Menunaikan Haji merupakan salah satu Rukun Islam yang ke lima. Ia difardukan pada tahun kesepuluh hijrah. Ini menurut pendapat Ibnu Qayyim (ZAD AL-MA'AD 3/595) dan bersandarkan dengan dalil yang kuat kerana Allah s.w. t telah berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 97

    Ertinya : 

    "Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya."

    1.  Pada tahun 9 hijrah, Rasulullah s.a.w memerintahkan Saidina Abu Bakar r.a untuk menunaikan ibadah Haji.
    2. Apabila turun surah At-Taubah, Rasulullah s.a.w mengutus Saidina Ali r.a untuk menyusuli Saidina Abu Bakar dan mengisytiharkan orang bukan Islam keluar dari bumi Makkah secara berperingkat.
    3. Rasulullah s.a.w menunaikan Haji pada tahun yang berikutnya yang dikenali sebagai Haji Wada'
    Menurut buku yang bertajuk DI BAWAH NAUNGAN SIRAH NABAWIYAH karya AMRU KHALID, Rasulullah s.a.w melaksanakan haji Wada' mencapai umur 63 Tahun. Tepatnya tiga bulan lebih tiga hari sebelum hari wafatnya Rasulullah s.a.w

    PENGERTIAN HAJI WADA'

    1. Haji Wada' adalah Haji selamat tinggal, Haji yang terakhir Rasulullah s.a.w sebelum baginda wafat.
    2. Haji Wada' berlaku selepas peristiwa pembukaan kota Makkah.
    3. Selama 9 tahun Rasulullah s.a.w berada di Madinah, baginda belum mengerjakan Haji. Haji Wada' dilaksanakan pada tahun kesepuluh hijrah.
    4. Seramai lebih kurang 114 ribu orang sahabat telah berkumpul di Madinah dan berangkat menuju ke Makkah melaksanakan ibadah Haji dengan pimpinan Rasulullah s.a.w

    .Menurut buku yang bertajuk DI BAWAH NAUNGAN SIRAH NABAWIYAH karya AMRU KHALID, dinamakan haji Wada' , kerana pada waktu itu Rasulullah s.a.w menyampaikan ucapan perpisahannya kepada seluruh kaum Muslimin dan seluruh umat manusia. Seramai 100000 umat Islam turut serta dalam menunaikan haji Wada' tersebut.

    RUJUKAN  

    1. Kitab sirah darjah 5 SAKNJ cetakan pertama 2019 
    2.  Ensiklopedia Biografi Rasulullah s.a.w penulis Dr. Ali Muhamad As-Salabi

    Tuesday, July 10, 2018

    MENGAMBIL MAKANAN YANG MENGANDUNGI KUANTITI TERTENTU ALKOHOL


    Bahan-bahan makanan yang dimasukkan alcohol semasa proses pembuatannya terbahagi kepada tiga kategori:
    •    Perahan berbagai-bagai buah-buahan, susu pekat, Zabadi,ragi(yis), dan lain-lain yang mengandungi kuantiti kecil alcohol, tidak lebih daripada 5% kecuali peerahan anggur yang kadang-kadang sampai 10%, bahan-bahan makanan ini tidak dinamakan sebagai benda-benda yang memabukkan dan berdasarkan kepada pengkatogerian makanan, tidak termasuk ke dalam kumppulan minuman beralkohol atau yang memabukkan.
    •  Bahan-bahan makanan yang termasuk ke dalam kategori ini pada pandangan syarak, dianggap sebagai halal lagi baik, walaupun mengandungi kuantiti kecil alcohol, hasil daripada tindakbalas cepat sesetengah gula ataun kanji yang terdapat di dalam jenis-jenisnya. Ini kerana ia telah larut di dalam cecair yang banyak, sehingga tidak ada lagi kesan rasa, warna mahupun bau. Ini berkaitan dengan teori al-Istihlak. Dalam teori ini, bahan yang diharamkan dan najis apabilalarut di dalam air atau cecair yang suci, yang banyak, yang tidak meninggalkan kesan terhadap rasa, warna dan juga bau, perubahan ini sebenarnya menghilangkan sifat najis dan haram dari segi syarak 
    • Bahan-bahan makanan yang dimasukkan kuantiti kecil alcohol yang digunakan untuk melarutkan sesetengah bahan yang tidak larut di dalam air seperti prewarna, pengawet, perasa dan lain-lain.Sebagai contoh minuman coca-cola dan Pepsi yang mengandungi bahan membuat minyak wangi , yang berbeza antara satu sama lain, yang dikira sebagai rahsia perindustrian. Ia dilarutkan di dalam al-kohol. Kuantiti alcohol yang terdapat di dalamnya tidak melebihi 2-3%. Memandangkan alcohol telah pun larut di dalam cecair yang bercampur dengannya maka ia dikira suci kerana tidak terdapat bau, warna dan rasa. 
    • Bahan- bahan makanan yang diletakkan minuman alcohol yang memabukkan ke dalamnya seperti (Rawm, Brandi, Koniak dan lain-lain) bagi menimbulkan cita rasa tertentu dan rasa yang digemari oleh orang ramai. Contohnya nseperti ais krim, kuih muih, sesetengah jenis coklat, buah-buah yang memabukkan dan air gas
    •  Bahan-bahan seperti ini haran diambil, kerana mengandungi arak. Para ulamak sepakat, arak yang ditaruhkan ke dalam makanan yang berbentuk cecair atau beku  kemudian tidak larut di dalamnya, bahkan zahir dengan nyata kesannya sepeti warna, rasa dan bau maka rosaklah seluruh makanan itu, haram mengambilnya, dan tidak harus sama sekali menggunakannya.

    Berdasarkan kepada resolusi Nadwah Fiqh kali ke lapan bagi pertubuhan Ilmu-Ilmu perubatan Islam di Kuwait (ayar/mei 1995) memutuskan bahawa:

    TIDAK HARUS menggunakan makanan yang mengandungi kuantiti tertentu arak, walaupun kecil, lebih-lebih lagi ia banyak di jual di Negara Barat seperti sesetengah makanan seperti chocolate, ditambahkan lagi dengan makanan sejuk seperti aiskrim
     Oleh itu, asas syarak yang menjelaskan  bahawa benda yang memabukkan walaupun mengambil sedikit daripadanya juga dikira haram. Tidak ada kelonggaran syarak pada perkara tersebut.

    ISU TENTANG ALKOHOL


    MENGGUNAKAN ALKOHOL DALAM PROSES PEMBUATAN MINYAK WANGI

    Bahan yang dikenali dengan nama alcohol Athyl dikira sebagai bahan yang suci, sekiranya kita letakkannya sebagai satu bahan yang baru, kerana memakai prinsip asal sesuatu bbenda itu adalah suci.Isu ini melibatkan isu perubahan zat sesuatu benda atau al-Istihalah.
    Teori perubahan zat sesuautu (al-Istihalah) yang terdapat di dalam ilmu fiqh memabawa maksud, apabila bahan bernajis atau haram, berubah konsep dan bentuk zatnya, menjadi bahan lain yang berbeza dengan yang asal dari segi nama, kriteri, dan sifatnya.ia menjadi sesuatu yang Halal.
    Seluruh zat yang baru, yang munculdari hasil perubahan bahan-bahna najis dan haram, asalnya adalah suci dan halal. Tidak ada nas yang mengatakan, ia najis atau haram digunakan. Ia adalah satu bahan yang baik sepertimana juga benda-benda yang baik yang lain, yang terdapat di atas muka bumiini, dianugerahkan oleh Allah skepoada hamba-hambanya dan menghalalkan pengggunaannya.
    Menurut Ibn Taimiyyah, inilah asal yang diputuskan. Bahaan-bahan yang disebutkan ini , tidak disentuh okeh mana-mana nas berkaitan pengharamannya., baik bentuk lafaz mahupun makna. Kerana itu, tidak diharamkan dan tidak termasuk dalam pengertian yang diharamkan.kerana itu dalam pengerti juga tidak ada ruang untuk mengharamkannya, bahkan termasuk daklam perkara-perkarayang disentuh oleh nas yang menghallakannya dank e dalkam benda-benda yang baik.Selain itu, ia termasuk dalam pengertian yang telah disepakati kehalalannya. Nas dan qias menghukumkannya sebagai halal.

    PERSOALAN SEMASA YANG DIKAITKAN DENGAN ARAK MENGIKUT AL-QIYAS


    Antara persoalan semasa berkaitan dengan Al-Qiyas yang akan dibincangkan di sini ialah penyalahgunaan dadah, ganja, pil khayal, menghidu gam, todi, tuak dan seumpamanya yang mengkhayalkan serta memabukkan, baik dengan cara suntikan, hisap atau sedut, telan, hidu atau minum.
    Pengharaman arak sama ada yang diperah daripada anggur atau tamar adalah berdasarkan dalil-dalil atau nas daripada Al-Quran dan As-Sunnah yangtelah dinyatakan sebelum ini. Pengharamannya atas dasar atau ‘illah dan sebabnya ialah memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal. Jika ditinjau dalam konteks semasa, kini terdapat pelbagai jenama ada benda yang boleh memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal atau mengkhayalkan seseorang.Apa yang dijelaskan melalui nas adalah arak sahaja dan ia ditetapkan had atau sesiapa yang sabit dijatuhkan hukuman hudud 40 sebatan atas dasar memabukkan dan syaratnya dengan cara meminum. Sedangkan dalam konteks semasa, benda-benda yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal digunakan melalui suntikan atau telan atau hidu atau hisap atau sedut. Semua itu tidak dijelaskan secara langsung dalam mana-mana nas sama ada di dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah.
    Lantaran itulah, untuk menangani masalah semasa dalam konteks kini, para ulama’ mujtahid menggunakan dalil Al-Qiyas untuk mengeluarkan hukum berdasarkan persamaan pada ‘illah atau sifat dan sebab. Iaitu semua benda tersebut adalah haram atas dasar memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal seperti arak, tanpa mengira cara pengambilannya, baik dengan cara menghidu, menelan,menyedut atau suntikan.
                                            
    Kesimpulannya, Islam melarang keras umatnya meminum arak atau segala minuman yang memabukkan tidak kira sama ada ia berasal dari perahan anggur,tamar, beras, tapai, tuak dan sebagainya. Pengharaman arak adalah membawa faedah yang amat besar kepada manusia dan masyarakat kerana salah satu diantaranya, arak dapat menghilangkan kewarasan akal.
    Oleh itu, al-Quran menetapkan bahawa minum arak diharamkan dan dianggap sebagai amalan syaitan serta mendapat dosa. Dengan melakukan kemungkaran ini, umat Islam bukan sahaja boleh kehilangan petunjuk daripada Allah SWT tetapi mereka juga akan kehilangan rahmat serta semakin dekat dengan syaitan. Walaupun pembentukan undang-undang pengharaman arak dilakukan secara beransur-ansur pada zaman awal kedatangan Islam, namun Islam sangat bertegas dalam melarang keras.