Saturday, December 17, 2016

SEJARAH IMAM NAWAWI



Imam Nawawi

 Seorang syekh islam yang banyak menulis buku, ahli hadis, fikah dan bahasa. Beliau juga dikenali sebagai mujtahid yang sibuk dengan kegiatan muzakarah disamping juga dikenali juga dengan panggilan al- hafiz muhyiddin an- nawawi. Nama penuhnya adalah muhyiddin abu zakaria yahya bin syaraf bin marri al-khazami. 

Imam Nawawi meninggal dalam usia 45 tahun. Sebelum meninggal, beliau sempat pergi makkah untuk menunaikan ibadah haji bersama ibu bapanya. Dia menetap di madinah selama 15 bulan dan sempat berkunjung ke baitulmaqdis( Jerusalem ). Beliau tidak pernah bernikah sampai akhir hayatnya.

Ketika berusia 19 tahun, beliau menuntut di sekolah “ar-rawahiya” di Damascus.Beliau sangat tekun mencari ilmu selama 20 tahun sehingga beliau menguasai beberapa disiplin ilmu agama seperti hadis dan ilmu hadis, fikah dan asul fikah serta bahasa. antara guru-gurunya ialah rida bin burhan, az-zaid  Khalid, abdul azis bin Muhammad al-ansari, zainuddin bin abdul daim,imadudin abdul karim al-harastani, zainuddin khalaf bin yusuf, taqiuddin bin abi al-yassar, jamaluddin bin as-sirafi dan syamsuddin bin amr. Pelajaran hadis khususnya diperoleh daripada ulama hadis seperti abu ishaq Ibrahim bin isa al-muradi. usul fikah daripada al-qadi at-taflis  dan fikah daripada al-kamal ishaq al-mari dan syamsuddin Abdurrahman al-ma’mari. kitab-kitab hadis sepeti al-kutub as-sittah, al-musnad, dan al-muwatta dikuasainya. Menurut ibn atar salah seorang muridnya beliau meluangkan membaca setiap hari sebanyak 12 pelajaran dalam pelbagai disiplin ilmu.

Beliau adalah pembimbing yang berkesan bagi mereka yang baru belajar agama.Dalam kehidupan hariannya beliau menjalani hidup yang sederhana seperti makan hanya sekali sehari iaitu setelah solat isyak begitu juga minum.Dalam ibadah beliau memperbanyakkan puasa, berzikir dan wirid.dalam menghadapi masalah dunia,Beliau juga seorang yang zuhud, warak, qanaah dan redha dengan tetap menjaga diri dengan hal-hal duniawi. 

Perhatiannya terhadap keadaan sosial sangat besar.Beliau menegakkan amar makruf nahi mungkar.Beliau membimbing para pemimpin dan orang-orang yang zalim dan mungkar kepada ajaran agama. Beliau melarang masyarakat syam ( kini Syria ) memakan buah-buah yang dinilainya syubhat yang hukumnya menjadi perselisihan para ulama. 

Murid-muridnya antara lain ialah al-khatib sadar, sulaiman al-ja’fari, syihabuddin ahmad binja’wan ,syihabuddin al-arbadi, alanuddin bin atar, ibn abi al-fath,al-mizzi dan ibn attar.
 Sejak berusia 25 tahun hingga wafatnya ( 656 – 676 hijrah/ 1257-1277 masihi ), imam nawawi menulis sejumlah kitab, antara lainnya syarh kitab hadis susunan al-bagawi dan syarh hadis karya ad-daruqutni, ar-raudah, al-majmu’ ( syarh al-muhazzab ),at- tibyan fi adab hamlah al-quran, tahrir al asma’ wa al-lugah, syarh sahih muslim, khulasah fi al-hadis

#SUMBER BOLEH DIDAPATI DI PERPUSTAKAAN DESA PEKAN LAYANG-LAYANG

Wednesday, December 7, 2016

NOTA MANTIK 1

MENDEFINISI SECARA OPERASI
  • Memberi taksiran tentang sesuatu konsep
  • Menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan
MEMBUAT HIPOTESIS
  • Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pembolehubah yang difikirkan benar
  • Menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa
  • Pernyatan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya
MENGEKSPERIMEN
  • Merancang dan menjalankan pernyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis.
  • Mengumpulkan data, mentafsir data sehingga mendapat rumusan daripada pernyiasatan itu.
MERAMAL
  • Membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data
BERKOMUNIKASI
  • Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model
MENTAFSIR DATA
  • Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH
  • Mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan
  • Dalam sesuatu penyiasatan, satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah bergerak balas.

Sunday, December 4, 2016

SEBUAH PENGORBANAN

Manusia ...
Manusia....
Manusia....
Bila tiba musibah kembali pada Allah s.w.t
Bila senang melupakanNYa
Kehidupan ini ibarat roda..
Ia akan sentiasa bergerak sehingga lah sampai ke destinasi yang dituju.

Hidup jangan pernah menongkah dagu .. Mendabik Dada..
Kerana Manusia bersifat lemah..
Ingat .. Tujuan kita hidup adalah mencari keredhaan Allah s.w.t
Melakukan apa yang DIA suruh .. Meninggalkan apa yang DIA larang..

So, just do it

REMINDED

Kadang- kadang APA yang kita usahakan tidak mencapai puncak..
Namun, perlu ingat!
Kita merancang Allah s.w.t tentukan sama ada berjaya atau sebaliknya..
Jangan pernah mengeluh..
Terus Dan terus mendaki sehingga menuju puncak kejayaan..
Terima kasih kepada sahabat .. Siti Norhamidah binti tujana kerana sentiasa memberi semangat.. Sayang kamu selamanya..
Tak lupa juga .. Siti zuriah mat jusoh Dan noor tasnim bte MD sheh .. Terima kasih 

Saturday, December 3, 2016

MENGEJAR IMPIAN

INI hanyalah sekadar penceritaan. Boleh dijadikan sumber inspirasi buat mereka yang merasa diri tersangat bodoh ...

Zaman persekolahan aku dahulu nya bukanlah hebat. Aku orang biasa. Keputusan exam selalu mengecewakan. Dan setiap kali result exam keluar ... Aku dah sediakn rotan untuk ayahku supaya merotan aku.

sehingga kini , bila sahaja nampak rotan... Ingatan aku terus menerjah zaman silam.Ia akan mengingatkn aku akan kegagalan. 

Aku ingat kata-kata seorang sahabat...

Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya..

Aku pegang kata-kata tu

Kini, 2016 

Menjadi impian aku selamanya in shaa Allah
4 flat 

ILMU MANTIK

Alhamdulillah, kumpulan kami berjaya menjalankan satu eksperimen yang sangat mudah. Namun, huraiannya sangat panjang.

Tuesday, November 8, 2016

KAEDAH MEMUDAHKAN ANAK MENJAWAB UJIAN

Terdapat banyak keadah lain yang boleh dilakukan oleh para ibubapa diluar sana . namun, kaedah yang saya nyatakan ini adalah diantaranya.
Jika ada kaedah lain yang lebih berkesan .. Alhamdulillah...
Kita hanya mampu berusaha + merancang selebihnya Allah s.w.t yang tentukan.

Kaedah ini Saya perolehi daripada ibu saya yang pada ketika itu adik Saya menghadapi peperiksaan besar pada tahun 2015 iaitu UPSR.

Seminggu sebelum peperiksaan berlangsung, seorang guru ada menyatakan beberapa tips / kaeah untuk ibubapa   apabila Anak menghadapi peperiksaan.

1. Berwuduk
2. Mengucap 2 kalimah syahadah sebanyak 3 Kali
3. Membaca surah al-Fatihah
4. Membaca surah-surah 3 kul sebanyak 3 Kali
5. Membaca surah syarh 1 Kali
6. Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w 10 Kali
7. Membaca surah Yaasin 1 Kali
8. Diulangi bacaan surah syarh sebanyak 100 Kali
9. Berdoa sebanyak-banyaknya
10. IBU bapa digalak berpuasa pada hari Anak menduduki Ujian.

P/s : alhamdulillah ... Setelah ibu Saya melaksanakan seperti yang dinyatakan di atas .. Adik Saya memperolehi 2A 1B dalam UPSR 2015. Jika hendak dibandingkan dengan keputusannya dengan Ujian yang lepas adalah amat menyedihkan.

Adik Saya seorang Pelajar yang kurang berpotensi dalam bidang akademik. Namun, kami pihak keluarga amat mengharapkan yang terbaik buatnya.. Keputusan yang sebegitu .. Alhamdulillah sudah cukup buat kami sekeluarga..

Wednesday, October 12, 2016

PENGALAMAN MENJADI PENDIDIK DAN DI DIDIK

Pengalaman Mengajar Erti Hidup
Pengalaman membawa pengajaran yang amat berguna...

hanyalah satu.. penceritaan ,,,

tahun 2000 Tadika Perpaduan
tahun 2001-2006 ( SKPL )
tahun 2001-2008 ( SAPL )
tahun 2007-2011 ( SMKSR )

teringat zaman persekolahan...
tiba sahaja waktu periksa..pasti aku akan merasa gementar... mungkin kerana belum bersedia dari aspek fizikal dan mental kot...
tapi, aku memang tak boleh terlepas dari memandang wajah guru ketika peperiksaan berjalan . Bagi aku memandang wajah mereka adalah satu cara untuk mendapatkan jawapan untuk soalan yang aku tak dapat jawab.. pasti aku akan melihat wajah guru-guruku yang berada di hadapan kelas. dan.. salah seorang guruku akan cakap " nurul.. awak ada nak tanya ke ? aku menggeling sambil tersenyum..
dan sebenarnya ingin aku nyatakan bahawa..bila aku melihat wajah mereka ....aku dapat jawapan yang aku cari tu.. di dalam fikiranku terbayang-bayang gaya, percakapan yang dilontarkan oleh guruku...ketika mengajar di dalam kelas...
tidak semena-mena aku terus dapat idea dan tanganku terus laju .. ( main tulis jer.. ) namun, tidak semuanya jawapan betul.. mestilah ... pasti ada yang salah.. ( biasalah tuh ... bila malam periksa tak baca buku )...
tapi..
cikgu-cikguku telah memberikan inspirasi bagiku... biarpun hanya memandang wajah mereka....,masyaAllah.. sifat keibuan dan kebapaan mereka memberikan seribu erti...

dan.. pengalaman ini berlaku setelah aku menjadi guru...
yaa.. ia memang terjadi dalam kehidupan ku sebagai seorang guru.. bila sahaja waktu peperiksaan pasti anak murid ku akan memandang ku .. kadang-kadang rasa macam tak selesa.. bila dipandang sebegitu.. segala perasaan hadir.. " aku pakai tudung terbalik ke ari ni? @ baju aku ada yang tak kena ke ?... dan aku terfikir.. mungkin guru-guruku dulu pun berperasaan seperti itu kot...

maaf cikgu...

CIKGULAH SEGALANYA BAGI SAYA...
TANPA GURU SIAPALAH KITA
JASAMU TETAPKU KENANG...




Wednesday, September 21, 2016

TEKNIK-TEKNIK MENGHASILKAN ANIMASI

assalamua'laikum.. harap maklum nota-nota ini adalah sampingan sahaja. Untuk lebih lanjut .. silalah rujuk buku-buku rujukan atau nota-nota yang diberikan pensyarah,, sekian, terima kasih

TEKNIK-TEKNIK MENGHASILKAN ANIMASI
  • Kebiasaannya animasi untuk persembahan filem atau video ialah 24 - 30 frame
  • Animasi untuk komputer biasa 12 - 15 frame
KEYFRAME
  • kunci
  • frame rujukan bagi keseluruhan frame-frame yang lain

PAGE FLIPPING
  • teknik yang mempersembahkan imej berturutan dengan menukarkan kedudukan yang dikehendaki 
  • biasanya digunakan dalam persembahan animasi sel dalam filem

SEL
  • setiap watak @ objek yang hendak digerakkan akan dilukis pada kertas lutsinar yang saling bertindihan

ONION SKINNING
  • proses membina sebuah animasi
  • dapat melihat garis kasar sebelumnya


Wednesday, June 29, 2016

NOTA (AKIDAH ISLAMIYYAH) 2

PENGERTIAN RUBUBIYYAH ALLAH S.W.T
  • Mencipta dan mengadakan daripada ketiadaan, mengatur segala perkara yang ada di alam menurut kehendak dan hikmah yang Dia sendiri mengetahui 
  • Pembuatan al-rabb seperti menciptakan, memberi rezeki, dan mentadbirkan urusan seluruhnya.
TAUHID RUBUBIYYAH
  • Merupakan pecahan daripada perkataan rabb
  • Beri'tikad secara pasti (jazam) Allah s.w.t segala sesuatu, tiada Rabb selain-Nya
RUBUBIYYAH ALLAH S.W.T TERHADAP MAKHLUK
  • Tauhid dalam penciptaan
  • Tauhid dalam pentadbiran
  • Tauhid perbuatan (af'al) 
  • Tauhid al-Hakimiyyah wa al-Mulukiyyah ( hukum dan pemerintahannya )
PENGERTIAN AL-ILAH
  • Beri'tikad secara jazam bahawa Allah s.w.t adalah al-Ilah al-Haq dan tiada ilah selain-Nya
BENTUK-BENTUK IBADAH
  • Kasih sayang dan kecintaan
  • Berdoa
  • Takut
  • Ibadah fizikal dan perkataan

NOTA (AKIDAH ISLAMIYYAH) 1

Faktor utama yang mendorong lahirnya ajaran sesat di Malaysia hari ini ialah :-
  1. Tidak memiliki agama atau bersifat keduniaan
  2. Seruan kepada kehidupan yang tak beragama yang hanya berasaskan ilmu , akal dan mazhab ilmu
  3. Perkara penting- wajibnya mereka berakidah bahawa Islam adalah syumul terangkum padanya aspek keduniaan dan akhirat
  4. Menetapkan - soal kehidupan dunia sama sekali tidak bersifat keagamaan
  5. Perlu diatur oleh akal manusia tanpa rujuk risalah para nabi dan wahyu
  6. Aspek kenegaraan
  7. Konsep pemisahan antara agama dari negara-ketiadaan menerima Islam secara syumul dalam sistem hidup bernegara.

Saturday, June 18, 2016

CARA MENGGEMBIRAKAN IBU ANDA

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi.. kerana masa yang terluang ini ingin saya berkongsi beberapa tip bagaimana menggembirakan ibu. Mudah-mudahan dapat membantu.. in Shaa Allah ..

Saya kongsikan maklumat ini melalui buku yang saya baca hasil nukilan Syeikh Sulaiman bin Saqier as-Saqier

  • RAIKAN IBUMU DENGAN HADIAH
Berilah hadiah kepada ibu apabila ada sambutan tertentu seperti hari raya, hari lahirnya, hari ulang tahun perkahwinan, kepulangannya daripada bermusafir dan sebagainya.

* yang ini pernah dilaksanakan.. heheheh.. kalau balik dari event apa-apa memang tak sah bawa ole-ole dari sana. kalau balik dari U pun.. kalau ada makanan pasti akan tinggalkan sebahagian untuk ibu saya.. 1 Jun 1992 hari perkahwinan ibu bapa saya.. 1 Jun 2016 saya ajak ibu saya pergi jejalan di Kluang Mall... nampak kegembiraan di wajahnya... rasa bahagia di hati saya..

  • SEDIAKAN KOLEKSI HADIAH
jika ibu telah tua, anda mungkin boleh sediakan koleksi hadiah yang dibalut cantik untuk ibu. Tujuannya adalah supaya ibu dapat menghadiahkannya kepada rakan-rakan dan kenalannya

 * ibu saya berumur 46 tahun , tua tak ??.. tapi kalau dilihat wajahnya.. orang sekeliling akan cakap " macam anak dara lah " ... #ye
lagipun beliau tak bergaul sangat dengan rakan-rakan sekeliling... lebih suka duduk di rumah... baca buku dan mengemas rumah... hanya bergaul apabila ada kenduri kendara.

  • SEDIAKAN BEKALAN HADIAH DAN MANISAN
 sediakan almari khas untuk ibu dan letakkan di situ berbagai-bagai jenis biskut, gula-gula, coklat, barang permainan dan hadiah-hadiah yang kecil. Tujuannya adalah supaya ibu dapat memberinya kepada cucu-cucunya apabila mereka datang kepadanya.
itu dapat menimbulkan rasa kasih cucu-cucu kepadanya dan menggalakkan mereka untuk bertemunya dan bergaul dengannya.

 * masih single .. dan adik-adik masih bersekolah lagi..  tapi, ibu saya pernah juga melakukannya, beliau akan membelikan banyak biskut, kadang-kadang gula-gula untuk nenek saya. so, bila saudara saya datang .. mereka akan gembira kerana ada banyak makanan.. lagipun, ini adalah salah satu cara untuk bersedekah.

  • IBUMU PUN SUKA BER"SHOPPING"
bawalah ibu anda untuk membeli-belah di gedung-gedung beli-belah atau di pasar-pasar besar. Mungkin ada barang yang diingininya, maka tidak ada sebab untuk anda tidak dapat memenuhi keinginannya dengan wang anda.

*yup,  bawalah ibu anda keluar berjalan-jalan di pasaraya yang besar seperti KluangMall, Eon Big, Kluang Prade, Batu Pahat Mall, Angsana  dan lain-lain. Keluarlah sedikit duit untuk membelikannya baju, telekung, kasut atau pun buku-buku kesukaannya. Ibumu akan berasa gembira walaupun kamu hanya membelikannya sehelai baju di sana.
  • BELIKAN HADIAH BAGI PIHAK IBUMU
sediakan hadiah yang bersesuaian untuk kaum lelaki supaya ibu boleh menghadiahkan hadiah itu kepada bapa anda. Itu tergolong dalam pengertian melebarkan kebaktian kepada orang ramai.

*pernah dulu beli kek untuk ulang tahun kelahiran ayah.. ayah pun tanya " sapa beli ni " saya jawab " mak yang belikan". hahah.. mak pun tersenyum.. #sebenarnya takut ayah marah sebab dia tak suka beli benda yang tak berfaedah..
hurmmmm.. kalau ayah saya , dia suka baju batik.. Allah... mahal lah juga.. jadi saya tukar beli kan stokin kerjanya... tapi mak saya yang hadiahkan...

  • SEMAIKANLAH KASIH ANTARA CUCU DENGAN NENEKNYA
didiklah anak-anak anda supaya berlembut dan bermesra dengan ibu anda. Sediakan hadiah-hadiah supaya anak-anak anda dapat memberinya kepada ibu anda pada sambutan-sambutan tertentu.

 # banyak lagi nak taip, bila-bila masa terluang sambung lagi.. in Shaa Allah




    Saturday, June 4, 2016

    JADUAL PENENTUAN UJIAN ( nota )

    • terdapat pengetahuan, pemahaman, penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian
    • mengikut Taksonomi Bloom aras paling rendah adalah pengetahuan
    • JPU perlu ada jumlah soalan bagi setiap kandungan, tahap kemahiran dan jenis soalan
    • ia digunakan untuk menerangkan sebaran jenis butiran
    • perlu tajuk khusus yang hendak diuji, penentuan tahap kognitif, jenis soalan

    UJIAN RUJUKAN KRITERIA ( nota )

    • pencapaian individu
    • kriteria @ kemahiran
    • gambaran pencapaian seseorang pelajar
    • bukan membandingkan
    • hampir sama tahap kesukarannya ( soalan )
    • tidak membezakan diantara pencapaian yang lain
    • waktu untuk beralih ke topik yang baru
    • ujian lisan
    • soalan berbentuk subjektif
    • soalan esei
    • ujian memandu

    UJIAN RUJUKAN NORMA ( nota )

    • markah tertinggi
    • membandingkan pencapaian
    • satu ujian yang sama menggunakan keputusan yang sama
    • ujian yang paling banyak digunakan oleh guru di dalam kelas
    • soalan daripada mudah kepada yang sukar
    • guru dapat membezakan peringkat pencapaian pelajar
    • PMR, SPM, STPM
    • membuat perbandingan

    JENIS PENILAIAN ( nota )

    PENILAIAN PENEMPATAN
    • dilakukan awal / sebelum pengajaran
    • mendapatkan maklumat tentang pelajar
    • membantu guru merancang corak pengajaran
    PENILAIAN FORMATIF
    • dilakukan semasa / proses pengajaran
    • maklum balas tentang kejayaan atau kegagalan pembelajaran
    • membantu guru membuat keputusan untuk mengembangkan teknik
    • kuiz mingguan, soalan-soalan lisan
    PENILAIAN DIAGNOSTIK
    • dilakukan semasa pengajaran
    • mengesan punca kelemahan pelajar
    • menentukan masalah pelajar yang konsisten
    • ujian formatif sebagai rawatan pertama
    • rawatan lanjutan intensif
    PENILAIAN SUMATIF
    • dilakukan di akhir penggal / pertengahan tahun
    • menilai pencapaian di akhir pengajaran
    • menentukan gred di akhir kursus
    • digunakan bagi merancang aktiviti pengajaran
    • ujian besar

    TELESIDANG VIDEO MENERUSI KOMPUTER ( nota )

    ALAT
    • kamera video
    • codec
    • tv monitor
    • perkakasan audio
    KELEBIHAN
    • interaktiviti
    • perkongsian budaya
    • menanam sifat berdikari
    KELEMAHAN
    • kurang komunikasi lisan
    • komunikasi bertulis @ lisan
    • sukar menyesuaikan diri

    PEMBELAJARAN MENERUSI INTERNET ( nota )

    PENGENALAN
    • terarah kepada kendiri
    • kawalan pengguna
    • interaktiviti pelajar guru lebih baik
    • tidak terikat dengan faktor masa
    MAKNA
    • suatu bentuk pembelajaran berasaskan hipermedia dihimpunkan satu sumber dalam medium web menghasilkan pembelajaran dan pengajaran berkesan

    TELESIDANG VIDEO ( nota )

    MAKNA
    kombinasi audio dan media visual yang digunakan dalam proses komunikasi yang interaktif antar dua hala @ lebih kawasan yang berlainan

    MOD
    • video & audio sehala
    - menonton program televisyen secara terus
    - tanpa hubungan interaktif antara pelajar dengan guru
     
    • video sehala & audio dua hala
    - menggunakan sistem televisyen alat khas yang membolehkan pendengar memberikan maklum balas dan berbincang dengan penyampai
    • video & audio dua hala
    KELEBIHAN TELESIDANG VIDEO
    • pertemuan secara visual memberi kepuasan interaksi lebih mudah berbanding telesidang komputer
    • jimat kos
    • kepakaran boleh disebarkan secara meluas
    KELEMAHAN TELESIDANG VIDEO
    • kos yang tinggi
    • kurang interaktiviti
    • tenaga kerja yang lebih
    • visual yang kurang tajam mengurangkan tumpuan 
    MASALAH TELESIDANG VIDEO
    • penyelenggaraan tinggi
    • penerbitannya mahal
    • kualiti imejnya rendah
    • gangguan pantulan
    JENIS TELESIDANG VIDEO
    • virtual @ candid
    • studio-produced videoconferences
    • point to point @ multiside

    TELESIDANG AUDIO ( nota )

    MAKNA

    menghubungkan individu dari lokasi berlainan melalui perbincangan dua hala secara terus menggunakan talian telefon atau satelit

    PERALATAN YANG DIPERLUKAN
    • telefon
    • headset
    • pembesar suara
    KELEBIHAN TALESIDANG AUDIO
    • menjimatkan masa
    • menjimatkan belanja perjalanan
    • boleh mengadakan dialog tanpa perlu bersemuka
    • mudah digunakan
    • guna telefon sahaja
    • interaktif

    PEMBELAJARAN TELESIDANG ( nota )

    MAKNA

    pembelajaran yang menggunakan audio, video dan komputer sebagai saluran komunikasi antara beberapa orang dalam kumpulan atau individu yang berada di tempat yang berlainan dan jauh dari komunikasi.

    Perry, Rumbel ( 1987 ) & Keegan
    • digunakan pada pengajaran jarak jauh ( distance education ) dengan lebih komprehensif
    KRITERIA-KRITERIA

    • menyediakan saluran komunikasi " dua hala " yang teratur
    • ada sesi pertemuan muka melalui alat rangkaian elektronik
    • adanya pemisahan atau jarak yang jauh pada kadar antara guru dengan pelajar
    CARA
    • ia berlaku secara formal
    PROSES
    • ia berlaku tanpa kehadiran fizikal atau bertatapan muka 
    • guru dan pelajar berada di tempat yang berlainan dan jauh antara satu yang lain
    DIGUNAKAN ( TEMPAT )
    • canada
    • india
    • united kingdom
    • amerika syarikat
    • indonesia
    • china
    TEKNIK

    menggunakan alat media:-
    •  grafik
    • video
    • audio
    • komputer
    KELEBIHAN TELESIDANG
    • pelajar akan mempunyai banyak masa
    • proses pembelajaran dan pengajaran boleh dijalankan tanpa terikat kepada faktor masa dan tempat
    • dapat menarik perhatian
    • meningkat minat pelajar
    • pelajar bebas menentukan masa dan tempat

    Friday, June 3, 2016

    BAHAGIAN -BAHAGIAN KAMERA ( nota )

     SHUTTER SPEED
    • pengatup
    • alat penghalang cahaya terkena pada filem mengikut tempoh masa yang telah ditentukan oleh meter yang terdapat pada kelajuan pengatup.
    APERTURE
    • bukaan
    • mengawal banyak mana cahaya masuk ke kamera
    KAMERA DIGITAL
    KELEBIHAN 
    • proses rakaman gambar
    • merakam gambar menggunakan pola binari
    • cakera berformatkan digital melalui CCD
    • boleh dipaparkan terus kepada skrin monitor komputer
    • boleh dibuat suntingan secara elektronik
    KEKURANGAN
    • mahal ada murah pun ada bergantung pada resolusi yang dihasilkan
    • tidak menggunakan filem
    • menggunakan flash card, compact card, floppy disk, internal memory 

    APA ITU MULTIMEDIA ??? ( nota )

    DEFINISI
    gabungan elemen-elemen teks, grafik, animasi, bunyi dan video

    TUJUAN
    sembahkan maklumat kepada pengguna via komputer

    JENIS-JENIS

    teks
    • .txt
    • .doc
    • hiperteks ( skrin tidak terlalu penuh )
    grafik
    • .tiff
    • .png
    • jpeg
    • gif
    video
    • .avi
    • .mov
    animasi
    • .avi
    • .flc
    bunyi
    • .pca
    • .pcm
    • .swa

    MODEL

    ARCS
    A= attention
    R= relevance
    C= confidence
    S= satisfaction

    dipopulori oleh John Keller. Guru dapat memotivasikan pelajarnya

    ASSURE
    A= analyze
    S= state objective
    S= select
    U= utilize
    R= require learner response
    E= evaluation

    sistem perancangan yang menggunakan media untuk pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

    DALE CONE OF EXPERIENCE

    lecture = 5 %
    reading = 10 %
    audio-visual = 20 %
    demonstration = 30  %
    discussion group = 50 %
    practise by doing = 75 %
    teach others / immediate use = 90 %                                                      

    NOTA : APAKAH TUTOR, TUTEE DAN TOOL?/?? ( PBK )

    apa itu Tutor?

    makna : pendekatan yang menggunakan @ berasaskan komputer
    tujuan : pengajaran dan pembelajaran agar terancang dan memberi kebebasan kepada pelajar untuk meneroka


    apa itu Tutee?

    makna ; pelajar mengajar komputer
    guna : bahasa pengaturcaraan
    contoh : LOGO, BASIC & PASCAL

    apa itu Tool ?

    makna : komputer membantu guru dalam membuat sesuatu kerja
    perisian : pemproses perkataan , pengisian data, grafik, hamparan elektronik, telekomunikasi, penerbitan meja.
    tujuan : menyediakan nota, memproses makumat, slaid persembahan, email

    APA ITU KOMUNIKASI ??? ( nota )

    JENIS-JENIS KOMUKASI
    • verbal communication
    • non-verbal communication
    • mediated communication
    • face-to-face communication
    SEBAB KONUMIKASI
    • to inform
    • to educate
    • to persuade
    • for relationship and entertainment
    TUJUAN KOMUNIKASI
    • attitude change
    • opinion change
    • behaviour change
    • social change
    MODEL KOMUNIKASI
    • shannon-weaver's model

    NOTA PEDAGOGI : CARA-CARA MENANGANI MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH

    CONTOHNYA :-
    • Teguran membina
    • Hukuman
    • Pengurusan Disiplin
    • Mencegah salah laku
    STRATEGI

    Kognitif
    • Penjelasan : memberi tumpuan dan galakkan tingkah laku. Penekanan dalam membangunkan pelajar
    Behaviourist
    • Pengetua kurang campur tangan. Menjadikan guru sebagai Model tingkah laku

    NOTA PEDAGOGI : MODEL PENGAJARAN

    DEFINISI MODEL PENGAJARAN
    • Membantu guru dalam menambah teknik pengajaran
    • Memberi peranan guru dalam pencapaian pelajar ( gambaran )
    • Strategi pengajaran- agar pelajar berminat untuk belajar
    • Merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan teliti
    • Mewujudkan suasana pembelajaran yang baik
    MODEL PENGAJARAN
    • Pemprosesan Maklumat ( Kognitif )
    1. Model Inkuiri
    2. Advance Organizer
    3. Model Concept Attainment
    • Behavioral
    1. Mastery Learning
    2. Training for skill and concept development
    3. Assertive training
    4. Direct instruction
    • Sosial ( menghubungkait, scaffolding, mmebuat refleksi )
    1. Melalui kerja berkumpulan 
    2. Hubungan pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan pelajar dengan sekeliling
    3. Konstruktivisme : membolehkan pelajar membina sendiri makna dan kefahaman mereka dalam proses pembelajaran dan guru menjadi pembimbing untuk membantu pelajar
    4. Membantu pelajar belajar menerusi interaksi dan kerjasama dengan individu lain secara produktif
    5. Berfungsi sebagai ahli kumpulan
    6. Membantu pelajar mengembangkan ilmu menerusi perspektif yang luas dari rakan sekumpulan
    7. Menggunakan kemahiran mendengar dan memahami konteks
    8. Menyusun maklumat menggabung maklumat bagi menyelesaikan masalah 
    9. Memetingkan interaksi untuk menyempurnakan tugasan
    10. Pembelajaran koperatif
    • Personal
    1. Pelapor ( Moslow, Carl Rogers )
    2. Pembentukan konsep kendiri
    3. Menggunakan kekuatan dalaman

    NOTA PEDAGOGI : DEFINISI PEDAGOGI

    DEFINISI PEDAGOGI
    • Kajian mengenai pengajaran ( pengajaran yang formal )
    • Sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah
    • Kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran , pengurusan biik darjah, organisasi sekolah, interaksi guru dan pelajar.
    PEDAGOGI MODEN
    • BIDANG KOGNITIF
     Mental, Kefahaman
    • BIDANG AFEKTIF
    Sikap
    • BIDANG PSIKOMOTOR 
    Fizikal , Kemahiran, Sukan