Wednesday, December 7, 2016

NOTA MANTIK 1

MENDEFINISI SECARA OPERASI
  • Memberi taksiran tentang sesuatu konsep
  • Menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan
MEMBUAT HIPOTESIS
  • Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pembolehubah yang difikirkan benar
  • Menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa
  • Pernyatan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya
MENGEKSPERIMEN
  • Merancang dan menjalankan pernyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis.
  • Mengumpulkan data, mentafsir data sehingga mendapat rumusan daripada pernyiasatan itu.
MERAMAL
  • Membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data
BERKOMUNIKASI
  • Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model
MENTAFSIR DATA
  • Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH
  • Mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan
  • Dalam sesuatu penyiasatan, satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah bergerak balas.

No comments:

Post a Comment