Thursday, January 29, 2015

( 6 ) MASALAH PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



DISEDIAKAN OLEH :
 NURUL AFZILIN BINTI MOHD ALI


   Teknologi yang bermanfaat boleh sahaja membawa masalah jika '"tersalah" guna. Sebagai contoh, Internet menjadi medan yang amat berguna untuk mencari maklumat, berkomunikasi dan sebagainya akan tetapi masalah boleh timbul apabila seseorang tidak dapat mengawal diri apabila menggunakan internet lantas berlaku ketagihan. Keadaan ini boleh menjadi semakin parah dengan adanya media sosial di internet. Selain menghabiskan terlalu banyak masa berinteraksi di media sosial.

  • Maklumat Tidak Benar
   Sehubungan dengan itu , jika menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran seseorang individu itu akan mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak benar atau mengandungi propaganda seperti berita hiburan yang mengisahkan tentang pelakon dan penyanyi.Tambahan lagi, apabila menggunakan search engine di Google atau Firefox terdapat terlalu banyak pilihan sehingga keliru untuk memilih mana yang paling betul dan terbaik.

  •  Bercanggah Dengan Cara Tradisi iaitu Dengan Cara Bertalaqi dan Berguru
   Kebanyakan para pengguna cenderung menggunakan laman sosial dalam pengajaran dan pembelajaran yang sebenar iaitu dengan cara bertalaqi dan berguru di majlis-majlis pengajian di masjid atau surau. Pada awal pembukaan kota Madinah, Rasulullah s.a.w telah membina masjid dan surau sebagai bangunan pertama untuk membangunkan sebuah negara kerana ia merupakan lambang kekuatan umat dan syiar agama.

  •  Tidak Mempunyai Kemahiran Asas Dalam Sesuatu Bidang
    Tambahan lagi, ada segelintir individu yang tidak mempunyai asas dalam sesuatu bidang tetapi minat dalam bidang tersebut turut terlibat sedangkan mereka tidak memiliki kefahaman asas dalam bidang yang dibincangkan. Hal ini, telah menjadikan mereka lari daripada kefahaman yang sebenar kerana tiada pembimbing sebagai rujukan.

  •  Sumber Tidak Sahih
   Seterusnya, apabila penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, berkemungkinan sumber rujukan atau selainnya tidak sahih disamping mudah terdedah kepada pemberi maklumat atau ilmu yang tidak amanah seperti menukar sumber asli mengikut kehendak sendiri.

  •  " Bermain " Dalam Menetapkan Hukum
   Selaras dengan itu juga, apabila mempelajari ilmu agama seperti hukum-hukum agama amat merbahaya jika tidak belajar dengan mengikut kaedah yang betul sehingga tidak tahu kaedah yang paling sahih dalam memahami hukum tersebut. Hal ini, akan menyebabkan satu bentuk pemikiran cacamarba dalam memahami ilmu agama.

  •  Perbahasan Agama Tidak Menggunakan Kaedah Yang Betul
    Sehubungan dengan itu, apabila seseorang mempelajari sesuatu bidang contohnya Usul Fiqh dan Fikah dengan  menggunakan teknologi. Maka, ia akan gagal dalam membuat kesimpulan yang betul kerana tidak mendalami Usul Fiqh dan Fikah sehingga mencampur- aduk perbahasan ulama sesuka hati tanpa menggunakan kaedah yang tepat. Hakikatnya, setiap ulama itu mempunyai kaedah tersendiri dalam menerbikan sesuatu hukum.
   Inilah antara kesan sampingan buruk kecanggihan teknologi yang perlu ditangani. Hidup nampak mudah, segalanya begitu canggih tetapi ada harga yang perlu dibayar. tidak semua kecanggihan membawa kebaikan. Ia perlu di urus dengan cermat demi manfaat yang hebat. Zaman dahulu elektrik tiada, yang menerangi malam adalah pelita minyak dengan cahaya kekuningan di sekitar limpahan cahaya kekuningan. Di situlah anak-beranak, adik-beradik berkumpul berkongsi cerita bersulam ketawa, saat bertemu begitu indah dengan kehangatan cahaya pelita dan malam itu sungguh panjang. Semua itu menyatukan ikatan kekeluargaan. Hidup ketika itu mungkin susah, tetapi hati kaya dengan kasih sayang, harumannya ada dimana-mana.

Untuk hidup pada zaman lampau adalah tidak mungkin, seperti juga tidak mungkin kita meninggalkan kecanggihan yang ada pada hari ini. Apa yang boleh dipelajari bagi kehidupan beragama berpandukan kepada ilmu yang benar. Semuanya bermula daripada mengekalkan unsur tradisi dan memadankannya dengan teknologi semasa yang canggih. Sekiranya kita hanya taksub dengan kecanggihan tetapi tidak mempertahankan prinsip ulama tradisi, kita kan tersasar dari jalan yang sepatutunya. Keghairahan meneroka ilmu kemudiaanya menjadikan kita kian jauh daripada apa yang sepatutnya.



Sumber Rujukan
  1.  Ustaz Zul Ramli M. Razali , 2012 , Q & A ( Madu dan Racun Belajar Di Internet), Petaling Jaya, Selangor :Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
  2. Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum , 2001 , Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran , Putrajaya : Pusat Perkembangan Kurikulum
  3. Dr. Aznan Zuhid Saidin , 2013 , SOLUSI , Kuala Lumpur : Telaga Biru
  4. Tee Lee Fang , 2010 , Hubungan Kesediaan Guru Dengan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Peringkat Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru, Universiti Teknologi Malaysia

No comments:

Post a Comment