Thursday, January 29, 2015

( 3 ) PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB BERASASKAN WEB

Artikel ini adalah hasil nukilan :
  1. Rahimi Bin Md. Saad
  2. Zawawi Bin Ismail
  3. Wan Nordin Bin Wan Abdullah
 Ulasan dibuat oleh NURUL AFZILIN BINTI MOHD ALI

Alhamdulillah, daripada teks yang bertajuk Pengajaran dan Pembelajaran Arab Berasaskan Web dapatlah dirumuskan bahawa

Pendahuluan
Penguasaan bahasa Arab merupakan perkara penting di dalam asas pemahaman dan penghayatan al-Quran kerana ia adalah salah satu cara untuk memartabatkan diri seseorang dan umahnya disamping meningkatkan pencapaian dalam pendidikan agama Islam. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan pengajran bahasa ini berkesan dan mendatangkan manfaat seperti menyediakan program latihan untuk para pelajar, meluaskan pengajran bahasa ini ke sekolah menengah kebangsaan dan sekolah rendah dan penghasilan bahan bantu mengajar.

Teori Pembelajaran Melalui Laman Web

Bruner telah memperkenalkan 4 model pedagoginya bersesuaian dengan penggunaan ICT atau laman web sebagai bahan pembelajaran iaitu
  • Kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi
  • Kanak-kanak belajar melalui pendedahan didaktif
  • Kanak-kanak sebagai pemikir
  • Kanak-kanak adalah berpengetahuan
Objektif Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Laman Web
  • Mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang minima
  • Kesejagatan sumber pengajaran dan pembelajaran
  • Mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar
  • Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik
  • Menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini
Laman Web Untuk Pengajaran
  • Pembelajaran bahasa Arab melalui pengantar bahasa Arab
  • Pembelajaran bahasa Arab melalui pengantar bahasa Inggeris
  • Pembelajaran bahasa Arab melalui pengantar bahasa Melayu
Masalah Dan Cabaran
  • Infrastruktur yang terbatas
  • Kemahiran yang terbatas
  • Isu kandungan perisian
Rumusan

Justeru itu, marilah kita bersama-sama belajar dengan mendalami ilmu kemahiran teknologi laman web bagi memenuhi keperluan global. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama dan memberi komitmen yang tidak berbelah bagi dan berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang untuk membina sistem e-pembelajaran yang menyeluruh dan meningkatkan kemudahan capaian bahan pembelajaran serta meningkatkan kemudahan peralatan multimedia.

 





No comments:

Post a Comment