Thursday, January 29, 2015

( 6 ) MASALAH PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



DISEDIAKAN OLEH :
 NURUL AFZILIN BINTI MOHD ALI


   Teknologi yang bermanfaat boleh sahaja membawa masalah jika '"tersalah" guna. Sebagai contoh, Internet menjadi medan yang amat berguna untuk mencari maklumat, berkomunikasi dan sebagainya akan tetapi masalah boleh timbul apabila seseorang tidak dapat mengawal diri apabila menggunakan internet lantas berlaku ketagihan. Keadaan ini boleh menjadi semakin parah dengan adanya media sosial di internet. Selain menghabiskan terlalu banyak masa berinteraksi di media sosial.

  • Maklumat Tidak Benar
   Sehubungan dengan itu , jika menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran seseorang individu itu akan mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak benar atau mengandungi propaganda seperti berita hiburan yang mengisahkan tentang pelakon dan penyanyi.Tambahan lagi, apabila menggunakan search engine di Google atau Firefox terdapat terlalu banyak pilihan sehingga keliru untuk memilih mana yang paling betul dan terbaik.

  •  Bercanggah Dengan Cara Tradisi iaitu Dengan Cara Bertalaqi dan Berguru
   Kebanyakan para pengguna cenderung menggunakan laman sosial dalam pengajaran dan pembelajaran yang sebenar iaitu dengan cara bertalaqi dan berguru di majlis-majlis pengajian di masjid atau surau. Pada awal pembukaan kota Madinah, Rasulullah s.a.w telah membina masjid dan surau sebagai bangunan pertama untuk membangunkan sebuah negara kerana ia merupakan lambang kekuatan umat dan syiar agama.

  •  Tidak Mempunyai Kemahiran Asas Dalam Sesuatu Bidang
    Tambahan lagi, ada segelintir individu yang tidak mempunyai asas dalam sesuatu bidang tetapi minat dalam bidang tersebut turut terlibat sedangkan mereka tidak memiliki kefahaman asas dalam bidang yang dibincangkan. Hal ini, telah menjadikan mereka lari daripada kefahaman yang sebenar kerana tiada pembimbing sebagai rujukan.

  •  Sumber Tidak Sahih
   Seterusnya, apabila penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, berkemungkinan sumber rujukan atau selainnya tidak sahih disamping mudah terdedah kepada pemberi maklumat atau ilmu yang tidak amanah seperti menukar sumber asli mengikut kehendak sendiri.

  •  " Bermain " Dalam Menetapkan Hukum
   Selaras dengan itu juga, apabila mempelajari ilmu agama seperti hukum-hukum agama amat merbahaya jika tidak belajar dengan mengikut kaedah yang betul sehingga tidak tahu kaedah yang paling sahih dalam memahami hukum tersebut. Hal ini, akan menyebabkan satu bentuk pemikiran cacamarba dalam memahami ilmu agama.

  •  Perbahasan Agama Tidak Menggunakan Kaedah Yang Betul
    Sehubungan dengan itu, apabila seseorang mempelajari sesuatu bidang contohnya Usul Fiqh dan Fikah dengan  menggunakan teknologi. Maka, ia akan gagal dalam membuat kesimpulan yang betul kerana tidak mendalami Usul Fiqh dan Fikah sehingga mencampur- aduk perbahasan ulama sesuka hati tanpa menggunakan kaedah yang tepat. Hakikatnya, setiap ulama itu mempunyai kaedah tersendiri dalam menerbikan sesuatu hukum.
   Inilah antara kesan sampingan buruk kecanggihan teknologi yang perlu ditangani. Hidup nampak mudah, segalanya begitu canggih tetapi ada harga yang perlu dibayar. tidak semua kecanggihan membawa kebaikan. Ia perlu di urus dengan cermat demi manfaat yang hebat. Zaman dahulu elektrik tiada, yang menerangi malam adalah pelita minyak dengan cahaya kekuningan di sekitar limpahan cahaya kekuningan. Di situlah anak-beranak, adik-beradik berkumpul berkongsi cerita bersulam ketawa, saat bertemu begitu indah dengan kehangatan cahaya pelita dan malam itu sungguh panjang. Semua itu menyatukan ikatan kekeluargaan. Hidup ketika itu mungkin susah, tetapi hati kaya dengan kasih sayang, harumannya ada dimana-mana.

Untuk hidup pada zaman lampau adalah tidak mungkin, seperti juga tidak mungkin kita meninggalkan kecanggihan yang ada pada hari ini. Apa yang boleh dipelajari bagi kehidupan beragama berpandukan kepada ilmu yang benar. Semuanya bermula daripada mengekalkan unsur tradisi dan memadankannya dengan teknologi semasa yang canggih. Sekiranya kita hanya taksub dengan kecanggihan tetapi tidak mempertahankan prinsip ulama tradisi, kita kan tersasar dari jalan yang sepatutunya. Keghairahan meneroka ilmu kemudiaanya menjadikan kita kian jauh daripada apa yang sepatutnya.



Sumber Rujukan
  1.  Ustaz Zul Ramli M. Razali , 2012 , Q & A ( Madu dan Racun Belajar Di Internet), Petaling Jaya, Selangor :Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
  2. Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum , 2001 , Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran , Putrajaya : Pusat Perkembangan Kurikulum
  3. Dr. Aznan Zuhid Saidin , 2013 , SOLUSI , Kuala Lumpur : Telaga Biru
  4. Tee Lee Fang , 2010 , Hubungan Kesediaan Guru Dengan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Peringkat Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru, Universiti Teknologi Malaysia

( 5 ) KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



 DISEDIAKAN OLEH : 
NURUL AFZILIN BINTI MOHD ALI

   Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah membuka berbagai-bagai jenis platform manusia berkomunikasi. E-mel, sistem pesanan ringkas (SMS), BlackBerry Messenger, Instant Messenger, "chat" serta media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube dan sebagainya menjadi wadah popular untuk berbicara sesama manusia untuk memenuhi pelbagai tuntutan kehidupan atau meluahkan pendapat dan pandangan serta menngunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

  •  Mudah dan Cepat Mendapat Maklumat
   Ciri-ciri komunikasi sebegini membolehkan maklumat disampaikan kepada penerima dengan kadar segera.  Di samping itu, capaian komunikasi juga meluas apabila kandungan yang disalurkan boleh sampai ke pada khalayak ramai. Ia juga dapat dicapai oleh sesiapa sahaja yang dapat mengakses maklumat tersebut sama ada berbentuk teks, audio ataupun video.

  • Banyak Alternatif
   Tambahan lagi, apabila menggunakan teknologi ( ICT ) dalam pembelajaran dan pembelajaran, para pengguna akan memperoleh ilmu tanpa bersusah payah pergi ke majlis pengajian di masjid atau surau. Malah, boleh menjimatkan masa seharian dengan menghadap alat-alat komunikasi sahaja.

  • Dapat Menambah Ilmu Tanpa Bersusah Payah Ke Majlis Pengajian Di Masjid Atau Di Surau
   Sehubungan dengan itu, terdapat banyak laman-laman web atau kumpulan-kumpulan di dalam media sosial yang membincangkan dan membahaskan beberapa isu-isu ilmiah. Secara tidak langsung para pengguna boleh terlibat dengan perbahasan tersebut secara lebih mendalam.

  • Boleh Terlibat Dengan Perbahasan Ilmiah Lagi Mendalam
   Selain itu, ada segelintir pengguna laman web terdiri daripada para pelajar yang masih menuntut di istitusi pengajian. Mereka memerlukan beberapa maklumat dengan cara yang ringkas dan padat. Oleh itu, mereka menggunakan laman-laman web sebagai sumber rujukan mereka.

  • Dapat Terus Merujuk Kepada Sumber Dengan Mudah
   Seterusnya, kebanyakan pengguna laman web menyatakan beberapa persoalan mereka mengenai masalah yang ingin diketahui contohnya dalam soal hukum-hakam melalui media sosial seperti facebook dan lain-lain.

  • Dapat Mengetahui Banyak Pandangan Ulama-Ulama dan Terikat Dengan Satu Pandangan Sahaja
   Kini, para ulama semakin maju dengan dunia teknologi. Para pelajar boleh mengetahui banyak pandangan ulama-ulama dan tidak terikat dengan satu pandangan semata-mata.

ICT digunakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran dengan mencapai tujuan dan maksud peranan ICT dalam kehidupan manusia khasnya para pelajar pada hari ini. Roh pembangunan dan penggunaan ICT yang berpaksikan tauhid dan berpandukan syariah harus dihidupkan dalam jiwa dan sanubari setiap pengamal dan pengguna ICT. Ia di gerakan oleh niat untuk mentaati Allah s.w.t dalam semua aspek kehidupan dan model ini  dengan menggunakan teknologi yang ada bagi membina kehidupan manusia berlandaskan syariah.




Sumber Rujukan
  1.  Ustaz Zul Ramli M. Razali , 2012 , Q & A ( Madu dan Racun Belajar Di Internet), Petaling Jaya, Selangor :Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
  2. Tiong Guo Siang , 2007 , Tahap Kesediaan Guru Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Berasaskan Komputer Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Sains , Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
  3. Dr. Aznan Zuhid Saidin , 2012 , Solusi ( Tekno Da'i ), Kuala Lumpur : Telaga Biru










( 7 ) CREATIVE COMMON LICENSE





APAKAH MAKNA CREATIVE COMMON LICENSE ?

Creative Commons adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan bukan keuntungan global semata-mata. Creative Commons membolehkan perkongsian dan penggunaan semula kreativiti dan pengetahuan melalui penyediaan alat guaman percuma. 

Alat undang-undangnya membantu para pengguna yang sentiasa ingin meningkatkan kerja-kerja dan yang ingin membuat penggunaan kreatif serta mendapat manfaat daripada simbiosis ini seperti seorang blogger.

Creative Commons amat bermurah hati dalam menawarkan perkhidmatan mereka kepada orang awam dengan terma syarat yang seragam dan sesuai.

VISI CREATIVE COMMON LICENSE

Visi CREATIVE COMMON LICENSE adalah untuk membantu orang lain mencapai potensi penuh internet.



BAGAIMANA CREATIVE COMMON LICENSE MEMBANTU KITA ?

CREATIVE COMMON LICENSE dapat membantu seseorang berasa selamat dalam berkongsi dan membina sesuatu kerja yang telah dibuat dengan menerbitkannya di bawah lesen Creative Commons.

CREATIVE COMMON  memberikan seseorang berasa fleksibiliti sebagai contoh, anda boleh memilih untuk hanya membenarkan kegunaan bukan komersial  dan melindungi orang-orang yang menggunakan karya anda , supaya mereka tidak perlu bimbang tentang pelanggaran hak cipta , selagi mereka mematuhi syarat-syarat yang anda nyatakan .

( 8 ) PERISIAN UNIK

FLASH PLAYER



Flash bukan sahaja untuk memaparkan pengenalan animasi yang menarik tetapi juga untuk menghasilkan nilai interaktif

Melayari Dunia Web anda akan dapat melihat lebih banyak laman Web yang mengantikan laman yang statik dengan animasi. Laman-laman Web yang beranimasi ini dihasilkan dengan menggunakan perisian yang dikenali sebagai Flash daripada Macromedia.

Walaupun Flash mempunyai animasi yang menarik tetapi ia mempunyai reputasi untuk membuang masa individu yang melayari Web tersebut ketika memindahterima animasi. Namun begitu Flash bukan sahaja untuk memaparkan pengenalan animasi yang menarik tetapi juga untuk menghasilkan nilai interaktif dan menceriakan laman Web.

Apa itu Flash?
Flash merupakan sebuah perisian animasi berunsurkan Web yang dikeluarkan oleh Macromedia. Perisian ini menyerupai perisian Director yang sering digunakan untuk menghasilkan interaktif multimedia pada CD-ROM atau kandungan komputer. Flash memberikan nilai interaktif yang lebih menarik seperti menu dan kandungan berinteraktif yang menarik.
Flash menggunakan grafik vektor dan ini tidak digunakan pada Director dan perisian penghasilan CD-ROM multimedia yang lain. Grafik vektor adalah sebuah bentuk yang menggunakan perkiraan matematik ketika dibentuk dan tidak seperti fail GIF atau JPEG.
Saiz grafik vektor juga mudah dilentur menurut kehendak pengguna tanpa mengganggu kualitinya. Dengan itu laman Web akan boleh dipaparkan dalam sebarang saiz pelayar Web tanpa menjejaskan penglihatan kepada grafik yang hendak dipaparkan. Flash juga memudahkan skrin pada sebarang resolusi iaitu 640 x 480 atau 1,024 x 768 piksel boleh memaparkan animasi dalam kualiti yang baik.

Memaparkan kandungan Flash
Fail Flash akan disimpan sebagai fail .SWF dalam pelayan Web. Apabila pelayar Web membuka laman Web yang mengandungi animasi Flash, pelayar Web akan memuatkan pemain Flash dan memainkan animasi secara automatik. Jika pelayar Web anda tidak mempunyai Flash maka skrin akan menjadi kosong.
Kemudian anda akan dapat melihat sebuah sambungan (link) kepada laman Web Macromedia untuk memindah terima Flash Player. URL untuk perisian Flash Player ialah http://www.macromedia.com/go/getflashplayer.
Apabila anda tiba ke laman Web tersebut arahan pemasangan perisian akan muncul. Setelah anda memasang Flash, anda akan dapat menikmati laman-laman Web yang mempunyai kandungan Flash.

Versi Flash Player
Jika anda memasang aplikasi pelayar Microsoft atau Netscape, anda akan ditanya samada perisian Flash mahu dipasang kepda komputer atau tidak. Pastikan anda menjawab YA! Anda perlu menjawab Ya kerana 96% pelayar Web dilengkapi dengan animasi Flash dan sejumlah 348,574,208 telah menjadi pengguna Flash.
Ramai para pengguna yang menggunakan Flash kerana ia terdapat dalam pelbagai jenis OS. Seterusnya ia tidak hanya boleh digunakan Internet Explorer atau Netscape Navigator sahaja tetapi untuk pelabagai jenis pelayar. Seumumnya Flash terdapat dalam empat versi iaitu
  • Pengawal ActiveX untuk penggunaan Microsoft IE3.x atau terkemudian dan Windows 9x, Me, 2000, atau NT
  • Perisian tambahan untuk kegunaan Netscape Navigator /Communicator 3.x atau kemudian
  • Pemain edisi Java untuk kegunaan pelayar Web lain yang serasi Java (Java-compatible)
  • Versi Pocket PC untuk kegunaan PDA seperti Casio Cassiopeia, Compaq IPAQ, dan Hewlett-Packard Jornada.
Ia juga menawarkan versi untuk Linux, Solaris, OS/2, Windows dan Mac OS, bagi membolehkan ramai orang menikmati kandungan Flash.
Macromedia juga telah menempatkan Flash dalam pelayar Microsoft dan Netscape untuk dipasang serentak semasa pengguna memasang pelayar Web mereka. Untuk mendapatkan versi terbaru Flash, pengguna boleh pergi ke laman Web Macromedia dan mendapatkan veris terbaru Flash Player.
Flash juga telah ditingkatkan supaya menjadi bukan sahaja perisian pembinaan animasi tetapi juga sebuah perisian untuk membina laman Web dan antaramuka Web.

Bagaimana Flash digunakan
Kuasa dan fleksibiliti Flash telah membuatkan ia sebuah perisian yang menarik dan mudah digunakan untuk membina laman Web. Kini telah lebih ramai pembina laman Web menggunakan Flash sebagai perisian utama untuk membina laman Web. Anda boleh pergi ke laman Macromedia Showcase (http://www.macromedia.com/showcase) untuk mendapatkan sebuah senarai laman-laman Web menarik yang menggunakan Flash seperti National Geographic (http://www.nationalgeographic.com/) dan Timbuk2 (http://www.timbuk2.com).
Untuk mengawal Flash anda hendaklah klik kanan pada animasi Flash itu dan anda akan dapati sebuah menu muncul. Ia akan mempunyai Zoom, Quality dan Playback. Dengan menggunakan menu itu anda boleh membesarkan papran imej, menetapkan kualiti imej dan memberhentikan atau memainkan animasi.

Keselamatan Flash
Kandungan Flash adalah sebuah perisian untuk memaparkan kandungan animasi. Daripada versi 4 hingga versi 5.0 (terkini), Flash telah dibina untuk menjadi sebuah perisian yang dilengkapi dengan keupayaan pengaturcaraan iaitu ActiveScript dan sokongan untuk JavaScript.
Potensi dan reputasi Flash telah membuka sebuah kelemahan keselamatan seperti yang didakwakan oleh Neal Krawetz pada Disember 2000. Kelemahan ini dinamakan sebagai "buffer overrun exploit," yang membenarkan Flash yang telah dibina dengan kurang baik atau yang bertujuan jahat merosakkan komputer apabila ia dijalankan. Selain itu terdapat juga Flash yang boleh menganggu pelayar IE serta Flash versi Linux.

Perlindungan
Anda tidak perlu kerana ia hanya terhad kepada penghalangan perkhidmatan atau DOS (Denial Of Service) kepada komputer yang menjalankan fail Flash. Ia tidak akan menghilangkan data atau merosakkan komputer seperti yang didakwa. Namun begitu ia masih boleh dieksploitasi dengan menggunakan kawalan ActiveX bersama Flash. Jika anda masih risau anda boleh dapatkan perisian SurfinGuard Pro daripada Finjan Software (www .finjan.com) untuk melindungi komputer anda daripada Flash yang tidak berfungsi dengan baik.

Pasang dan nikmatilah
Oleh kerana Flash merupakan perisian yang baik maka anda hendaklah pastikan ia berada di dalam komputer dan dipasang kepada pelayar Web anda. Ia mampu menceriakan sebuah laman Web dengan interaktiviti seperti bunyi, animasi dan antaramuka yang menarik. Dapatkan Flash terkini dan nikmatilah Flash di dalam Web.

Boleh digunakan untuk pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas
Dengan menggunakan Flash Player, para pendidik dapat menjadikan sebuah pengajaran dan pembelajaran yang sangat unggul. Hal ini kerana, para pendidik dapat menggunakannya dengan memaparkan video dan lain-lain.


Sumber Maklumat: Majalah PC

VLC PLAYER




 VLC Media Player adalah program aplikasi multimedia yang berguna untuk memutar lagu dan video. Versi terbaru program ini adalah VLC Media Player 2.0.1, yang dirilis pada tanggal 19 Maret 2012. Software VLC Media Player dibuat dan dikembangkan oleh tim VideoLAN.

Perangkat lunak komputer ini memiliki kelebihan pada programnya yang ringan, cepat, dan beragamnya format file audio dan video yang bisa dimainkannya. VLC Media Player mampu menutupi kelemahan beberapa multimedia player populer yang tidak bisa memainkan format file tertentu. Pendek kata, jika Anda tidak bisa memainkan sebuah file audio atau video di komputer Anda, install dan gunakan saja VLC !

VLC juga dikenal sebagai multimedia player multi platform, karena bisa diinstall di sembarang sistem operasi komputer. Player VLC juga bisa diinstall secara portable di media simpan external, misalnya di USB Flash Disk. Sistem operasi untuk smart phone seperti Android pun sudah didukung.

Program VLC Media Player banyak diaplikasikan dan digunakan oleh berbagai kalangan pengguna komputer. VLC Media Player merupakan software gratis (open source). VLC Media Player dapat dijalankan di sistem operasi Windows XP SP2, Windows Vista, Windows 7. Selain itu VLC juga menyediakan paket software untuk sistem operasi Mac OS X, GNU/Linux, bahkan Android. Untuk menginstall versi terbaru program ini, tidak banyak spesifikasi sistem yang dipersyaratkan. Sepanjang komputer Windows Anda memiliki ruang harddisk dengan kapasitas kosong minimal 70 MB, semua akan berjalan lancar.


Bolehkah ia digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ?


Boleh dan amat digalakkan. Hal ini kerana, ia merupakan suatu perisian yang amat berguna untuk para pendidik yang inginkan kelainan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas.


Apabila para pendidik menggunakan VLC player di dalam kelas di tambahkan lagi dengan LCD projector adalah suatu tindakan bijak untuk mendapatkan hasil video yang sangat menarik dan ilustrasi yang sangat menakjubkan . Para pelajar dapat melihat video pembelajaran dengan baik sekali.