Imam Nawawi
Seorang syekh islam yang banyak menulis buku,
ahli hadis, fikah dan bahasa. Beliau juga dikenali sebagai mujtahid yang sibuk
dengan kegiatan muzakarah disamping juga dikenali juga dengan panggilan al-
hafiz muhyiddin an- nawawi. Nama penuhnya adalah muhyiddin abu zakaria yahya
bin syaraf bin marri al-khazami.
Imam Nawawi meninggal dalam
usia 45 tahun. Sebelum meninggal, beliau sempat pergi makkah untuk menunaikan
ibadah haji bersama ibu bapanya. Dia menetap di madinah selama 15 bulan dan
sempat berkunjung ke baitulmaqdis( Jerusalem ). Beliau tidak pernah bernikah
sampai akhir hayatnya.
Ketika berusia 19 tahun,
beliau menuntut di sekolah “ar-rawahiya” di Damascus.Beliau sangat tekun
mencari ilmu selama 20 tahun sehingga beliau menguasai beberapa disiplin ilmu
agama seperti hadis dan ilmu hadis, fikah dan asul fikah serta bahasa. antara
guru-gurunya ialah rida bin burhan, az-zaid Khalid, abdul azis bin Muhammad al-ansari,
zainuddin bin abdul daim,imadudin abdul karim al-harastani, zainuddin khalaf
bin yusuf, taqiuddin bin abi al-yassar, jamaluddin bin as-sirafi dan syamsuddin
bin amr. Pelajaran hadis khususnya diperoleh daripada ulama hadis seperti abu
ishaq Ibrahim bin isa al-muradi. usul fikah daripada al-qadi at-taflis dan fikah daripada al-kamal ishaq al-mari dan
syamsuddin Abdurrahman al-ma’mari. kitab-kitab hadis sepeti al-kutub as-sittah,
al-musnad, dan al-muwatta dikuasainya. Menurut ibn atar salah seorang muridnya
beliau meluangkan membaca setiap hari sebanyak 12 pelajaran dalam pelbagai disiplin
ilmu.
Beliau adalah pembimbing
yang berkesan bagi mereka yang baru belajar agama.Dalam kehidupan hariannya
beliau menjalani hidup yang sederhana seperti makan hanya sekali sehari iaitu
setelah solat isyak begitu juga minum.Dalam ibadah beliau memperbanyakkan
puasa, berzikir dan wirid.dalam menghadapi masalah dunia,Beliau juga seorang
yang zuhud, warak, qanaah dan redha dengan tetap menjaga diri dengan hal-hal
duniawi.
Perhatiannya terhadap
keadaan sosial sangat besar.Beliau menegakkan amar makruf nahi mungkar.Beliau
membimbing para pemimpin dan orang-orang yang zalim dan mungkar kepada ajaran
agama. Beliau melarang masyarakat syam ( kini Syria ) memakan buah-buah yang
dinilainya syubhat yang hukumnya menjadi perselisihan para ulama.
Murid-muridnya antara lain
ialah al-khatib sadar, sulaiman al-ja’fari, syihabuddin ahmad binja’wan ,syihabuddin
al-arbadi, alanuddin bin atar, ibn abi al-fath,al-mizzi dan ibn attar.
Sejak berusia 25 tahun hingga wafatnya ( 656 –
676 hijrah/ 1257-1277 masihi ), imam nawawi menulis sejumlah kitab, antara
lainnya syarh kitab hadis susunan al-bagawi dan syarh hadis karya ad-daruqutni,
ar-raudah, al-majmu’ ( syarh al-muhazzab ),at- tibyan fi adab hamlah al-quran,
tahrir al asma’ wa al-lugah, syarh sahih muslim, khulasah fi al-hadis
#SUMBER BOLEH DIDAPATI DI PERPUSTAKAAN DESA PEKAN LAYANG-LAYANG