Friday, December 4, 2015

FIQH ISLAM 2

ZAKAT FITRAH

MAKNA
BAHASA
  • sesuatu itu bertambah dan subur / bersih
ISTILAH
  • mengeluarkan kadar tertentu apabila cukup syarat-syarat tertentu kepada golongan tertentu
  • membersihkan diri daripada perkara syubhah ( mengeluarkan hak orang lain yang ada dalam harta berkenaan )
SEJARAH PENSYARIATAN
  • 2 hijrah
HIKMAH DAN FAEDAH ZAKAT
  • membiasakan diri bersifat pemurah
  • menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang
  • memelihara dari jurang perbezaan sosial dalam masyarakat
  • mengurangkan masalah ekonomi-pengangguran-kemiskinan
  • membersihkan hati daripada sifat-sifat yang keji

Wednesday, December 2, 2015

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN FACEBOOK KEPADA PELAJAR !!!

SEJARAH FACEBOOK

Facebook adalah sebuah rangkaian sosial yang baru saja dirintis pada tahun 2006 oleh seorang mahasiswa Harvard yang bernama Mark Zuckerberg. Mark Elliot Zuckerberg atau Mark Zurkerberg lahir pada 14 Mei 1984 di Dobbs Ferry, Westchester County, New York, Amerika Syarikat ( AS ).
Idea terawal ketika dia bersekolah di Exeter High School. Hampir saat itulah dia berkenalan dengan Adam D'Angelo. Zuckerberg lulus dan masuk Harvard University. Pada awalnya ia membuat program Coursematch yang membolehkan mahasiswa di kelas yang sama melihat daftar teman-teman sekelas. Setelah itu, beliau membuat projek facemash.com.
Di laman ini, para pengunjung boleh memberi komen pada gambar seseorang siswa. Hal ini telah membuatkan beliau dipanggil oleh Badan Administrasi Universiti Harvard kerana mereka menganggap beliau telah merosakkan sistem komputer kampus dan melanggar peraturan di internet serta melanggar hak cipta.
Oleh hal yang demikian, wujudlah Facebook dan diterbitkan pada tahun 2004. Pada waktu yang singkat dua per tiga mahasiswa Harvard menjadi pengguna Facebook.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN FACEBOOK KEPADA PELAJAR !!!

PENGENALAN

Teknologi di era globalisasi telah mengalami kemajuan yang seragam dengan media komunikasi bersaing untuk memberikan informasi tanpa batasan. Dunia kini telah dan sedang berubah dalam proses revolusi informasi dan komunikasi yang melahirkan peradaban baru sehingga mempermudah manusia untuk saling berhubungan serta meningkatkan sistem sosial. Kehadiran media massa seperti surat khabar, radio, televisyen dan internet sebagai komunikasi abad moden telah berpengaruh luas. Suatu pesan atau berita dengan mudah dapat diterima oleh masyarakat dalam waktu yang relatif singkat.
Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisma ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang penjajah.
Bermula dari era tersebut media massa daan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur.

Wednesday, November 25, 2015

TAHUKAH ANDA ???


السلام عليكم ورحمة الله وبركة
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, keajaiban kekuasaan Allah s.w.t .
Setiap ciptaan Allah s.w.t di atas dunia ini bertujuan untuk manusia berfikir dan mengagumi segala ciptaan-Nya.
Wal hal haiwan yang dasarnya tidak mempunyai akal seperti manusia. Tetapi 'mereka' mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jadi, jom lihat keistimewaan haiwan makhluk ciptaan Allah s.w.t yang sangat mengagumkan.



SEMUT 
  • semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya

KELAWAR
  • kelawar selalunya membelok ke kiri apabila keluar dari gua




KATAK BERACUN ( POISON FROG )
  • hanya 0.16 mg toksin yang dikeluarkan oleh " poison frog" boleh membunuh 180 paun manusia


LEBAH MADU
  • seekor lebah perlu menghisap 4000 kuntum bunga unuk mendapatkan satu sudu besar madu

KAMBING
  • kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat
BURUNG UNTA
  • burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m


ZIRAFAH
  • seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci

BABI BETINA
  • babi betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap dan selalunya dua belas
BURUNG
  • lebih 10000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap

AYAM JANTAN
  • ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya

GAJAH
  • semua gajah berjalan berjengkit-jengkit kerana bahagian belakang kakinya dibuat daripada lemak dan tidak bertulang


ITIK
  • itik yang berada di luar kumpulan tidur dengan sebelah mata terbuka tetapi yang berada di tengah pula dengan penuh yakin menutup kedua-dua belah mata


ANJING
  • anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka 'bulldog' dan 'pit bulls' cuma ada 10. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing lain menyebabkan perkelahian.

LEMBU

  • seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya
KUCING
  • seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam ( 12 batu sejam ) apabila ia matang
PANDA
  • diet panda ialah 99% buluh

RAMA-RAMA
  • deria rasa rama-rama di kaki belakangnya

KANGAROO
  • sekiranya ekor kangaroo diangkat, ia tidak boleh melompat sebab ekornya berfungsi untuk mengimbangnnya.

CHEETAH
  • haiwan darat yang paling pantas didunia ialah cheetah. Kelajuan yang boleh dicapainya ialah 60 sehingga 70 batu perjam ( 110 km ) sejam 
CENGKADAK
  • cengkadak hanya mempunyai satu telinga
NYAMUK
  • hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protin dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur
TUPAI
  • gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun, tapi masih pendik kerana penggunaannya yang kerap



RUSA
  • kelenjar di kaki rusa akan meninggalkan bau di jejak yang dilaluinya dan akan membantu mereka berkomunikasi diantara sau sama lain
ZEBRA
  • tidak ada 2 ekor zebra yang mempunyai tanda yang sama


LABAH-LABAH
  • labah-labah mempunyai hidung di kaki yang boleh mengesan bau yang berkemungkinan mangsa, pemangsa atau pasangannya
ULAR TEDUNG
  • ular tedung berleher hitam boleh menyemburkan bisa ke musuh sehingga sejauh 2.5 m ( 8 kaki )
BEBIRI
  • seekor bebiri dewasa boleh menyimpan sehingga 2 liter air ubat kutu selepas mandi kutu
CIMPANZI
  • cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidak boleh berbuat demikian
SIPUT
  • siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak. Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di mata pisau tajam dan tidak melukakan mereka.
BELALANG
  • belalang boleh melompat sejauh 40 kali ganda panjang badannya
BURUNG HANTU
  •  burung hantu mempunyai bola mata yang berbentuk tiub. Oleh itu mereka tidak boleh menggerakkan mata mereka. Untuk melihat sekeliling mereka terpaksa mengerakkan keseluruhan kepala
TAPAK SULAIMAN
  • ada tapak sulaiman yang tidak perlu pasangan untuk membiak malah mereka boleh pecah kepada dua dan 'tangan' yang baru akan tumbuh
 
LALAT
  • lalat mempunyai 4000 kanta di setiap matanya

SINGA
  • terdapat beberapa ekor singa yang boleh mengawan lebih daripada 50 kali sehari


BADAK SUMBU
  • tanduk badak sumbu dibuat dari bulu yang dipadatkan
IKAN YU
  • satu set gigi ikan yu boleh tumbuh dalam masa satu minggu

ARNAB
  • sistem penghadaman arnab adalah unik. Ia akan berehat dalam lubang tanah selepas makan dan kemudian mengeluarkan najis lembut yang terjadi dari makanan yang separa hadam. Arnab akan makan najis tersebut untuk mendapat khasiatnya. Kemudian ia akan mengeluarkan najis berbiji-biji keras di luar lubang tanah

TIKUS
  • gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi

BUAYA
  • makanan permulaan anak buaya mengandungi beberapa biji batu. Para saintis berpendapat batu ini sebagai pemberat yang membantu supaya dalam keadaan tegak semasa berenang dan mengisar makanan semasa penghadaman.
 
BURUNG BELATUK
  • burung belatok boleh mencatuk dua puluh kali dalam masa satu saat


HARIMAU
  • bukan hanya mempunyai bulu yang berbelang malahan kulitnya berbelang

 BURUNG PENGUIN
  •  burung penguin jantan akan mengeram sebiji telur yang di telurkan oleh pasangannya, semasa tempoh dua bulan ia tidak makan dan akan hilang 40 % dari berat badannya


ANGSA
  • kumpulan angsa akan berjalan-jalan garisan panjang , terbang dalam bentuk v. Semasa seekor angsa mengepak ini akan meningkatkan daya untuk lain yang mengikut, malah lebih 70 % daya penerbangan jika di bandingkan terbang bersedirian. 

IKAN LUMBA-LUMBA
  • ikan lumba-lumba perlu sedar semasa bernafas oleh itu mereka tidak boleh tidur nyenyak kerana ini boleh menyebabkan mati lemas. Mereka telah '' menyelesaikan '' masalah ini hanya sebahagian dari otaknya yang tidur.  


LANDAK
  • landak dilahirkan bogel dan ''duri'' dibadannya terdapat dibawah kulit dan akan bertunas dalam masa 36 jam.



 MONYET
  • ekor monyet membantunya untuk imbangan 

 SKUNK
  • skunk boleh mengeluarkan bau busuknya itu sejauh 10 kaki

ULAT BULU
  • manusia mempunyai lebih kurang 600 otot tetapi ulat bulu ada lebih 4000


IKAN EMAS
  • ikan emas akan akhirnya bertukar warna putih jika diletakkan di dalam bilik yang gelap.















Tuesday, November 17, 2015

NOTA PENGUKURAN

MAKNA PENGUJIAN
  • satu tenik untuk mendapatkan maklumat tentang peubahan tingkah laku 
  • alat pengukuran
  • Tuckman ( 1975 ) merupakan satu pengukuran yang dapat memberikan sampel tingkah laku
MAKNA PENGUKURAN
  • satu proses mendapatkan penerangan berangka
  • diukur secara kuantitatif
  • memberi angka-angka kepada objek atau peristiwa mengikut peraturan yang tertentu dengan skala yang telah ditetapkan terlebih dahulu
  • 'how much'
  • ditentukan melalui skala, nominal, ordinal, sela dan nisbah
MAKNA PENILAIAN
  • proses mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan, kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif atau matlamat yang telah ditetapkan oleh guru atau kursus
  • pengumpulan, penganalisis dan penterjeemahan keterangan - setakat mana tercapainya objektif 
  • diukur secara kualitatif ( deskriptif )
  • perlukan kriteria secara nominal 
TUJUAN PENILAIAN
  • motivasi kepada murid
  • mencari punca kelemahan
  • maklumbalas
  • pensijilan dan penggredan
  • membuat ramalan
  • klasifikasi
  • pemilihan
  • penyelikan
JENIS PENILAIAN
  1. PENILAIAN PENEMPATAN
  • awal / sebelum proses pengajaran
  • mendapatkan maklumat tentang pelajar
  • membantu guru merancang corak pengajaran
  1. PENILAIAN FORMATIF
  • semasa / proses pengajaran
  • maklum balas tentang kejayaan atau kegagalan pembelajaran
  • membantu guru membuat keputusan untuk mengembangkan teknik 
  • kuiz mingguan, soalan-soalan lisan
  1. PENILAIAN DIAGNOSTIK
  • semasa proses pengajaran
  • mengesan punca kelemahan pelajar
  • menentukan masalah pelajar yang konsisten
  • ujian formatif sebagai rawatan pertama
  • rawatan lanjutan intensif
  1. PENILAIAN SUMATIF
  • di akhir penggal / pertengahan tahun
  • menilai pencapaian di akhir pengajaran
  • menentukan gred di akhir kursus
  • di gunakan bagi merancang aktiviti pengajaran
  • ujian besar
MAKNA PENTAKSIRAN
  • proses mengukur penilaian tadi
  • membantu guru membuat keputusan
  • guru dapat membuat penambahbaikan

NOTA SAINS FIZIKAL

ASID

MAKNA ASID
  • Asid adalah bahan-bahan kimia yang mengion dalam air menghasilkan ion hidrogen, H+
KEGUNAAN ASID
  • mengawet makanan
  • menyediakan minuman 
  • bateri kereta
  • perkilangan getah
  • perkilangan cat
  • sabun dan detergen
  • baja
SIFAT ASID
  • menukarkan kertas litmus biru kepada merah ( ABM )
  • bertindak balas dengan logam
  • ph < 7
  • menghakis
  • bertindak balas dengan oksida dan hidroksida
  • menkonduksikan elektrik
  • rasa masam
ALKALI

KEGUNAAN ALKALI
  • magnesium hidroksida ( ubat gigi )
  • larutan ammonia
  • natrium hidroksida
  • kalsium hidroksida
  • aluminium hidroksida
SIFAT ALKALI
  • menukarkan kertas litmus merah kepada biru ( AMB )
  • licin
  • ph > 7
  • berasa pahit
  • mengkonduksikan elektrik
  • bertindak balas dengan asid
  • menghakis
  • bertindak balas dengan garam ammonium
PENEUTRALAN

MAKNA PENEUTRALAN
  • merupakan suatu tindak balas antara asid dan bes untuk menghasilkan garam dan air sahaja.
ASID SULFURIK

KEGUNAAN ASID SULFURIK
  • pewarna 2 %
  • pencucian logam 3 %
  • elektrolit 10 %
  • gentian sintetik 10 %
  • detergen 12 %
  • bahan kimia 15 %
  • cat dan pigmen 15 %
  • baja 23 %
POLIMER SINTETIK

MAKNA POLIMER
  • polimer adalah molekul berantai panjang yang terbentuk daripada percantuman banyak sub unit berulang yang kecil dan seiras. sub unit ini disebut monumer
KELEBIHAN POLIMER SINTETIK
  • kuat dan ringan
  • murah
  • mudah diwarnakan
  • boleh menahan kakisan
KESAN PELUPUSAN TIDAK WAJAR POLIMER SINTETIK
  • pencemaran tanah
  • pencemaran air
CARA UNTUK MELUPUSKAN POLIMER SINTETIK UNTUK MEMELIHARA ALAM SEKITAR
  • kitar semula
  • pertukaran
  • terbiodegradasikan
  • penggantian
  • menggunakan semula
  • menggunakan produk plastik sendiri
 AMMONIA

KEGUNAAN AMMONIA DALAM INDUSTRI
  • detergen
  • asid nitrik
  • baja sintetik
  • agen pendingin hawa
  • bahan letupan
  • gentian sintetik
  • cat dan pewarna
  • mencegah pengumpulan lateks
NILAI PH ASID YANG PALING TINGGI
  • 1 atau 0
NILAI PH ALKALI YANG PALING KUAT
  • 14
BAGAIMANA MENGUKUR NILAI PH ??
  • litmus paper
  • melting figure
  • penunjuk semesta ( larutan )
  • fenophaline
MAKNA TRANSFORMER MENAIK
  • bilangan lilitan gegelung sekunder lebih daripada bilangan lilitan gegung primer
  • voltan merentasi gegelung sekunder lebih besar daripada voltan merentasi gegelung primer.
MAKNA TRAANSFORMER MENURUN
  • bilangan lilitan gegelung sekunder kurang daripada bilangan lilitan gegelung primer
  • voltan merentasi gegelung sekunder lebih kecil daripada voltan merentasi gegelung primer

Monday, November 16, 2015

NOTA USUL FIQH 1

 DEFINISI USUL DAN FIQH

USUL
  • Asas, di bina di atasnya ( bahasa )
  • Terkandung ( istilah ) - dalil - rajih - kaedah - apa yang dibina di atasnya
FIQH
  • Mengeahui dan memahami  ( bahasa )
  • Pengetahuan tentang hukum-hukum syara' yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci

DEFINISI USUL FIQH

MAZHAB SYAFIE :
  • Pengetahuan tentang dalil-dalil fiqh secara ringkas
  • Cara-cara mengeluarkan hukum darinya
  • Keadaan mereka yang mengambil faedah darinya
  • contoh : suruhan itu mesti dilakukan, larangan itu mesti ditinggalkan
MAZHAB HANAFI
  • Suatu kaedah yang digunakan sebagai alat untuk mengeluarkan hukum praktikal yang bersumberkan dalil qat'i dan zanni
SEJARAH USUL FIQH
  • Secara tidak langsung - zaman Rasulullah s.a.w - tempat rujukan
  • Zaman sahabat - orang yang terdekat dengan Rasulullah s.a.w - mereka arif dalam bidang ini.
  • Pada kurun ke - 2 hijrah , ilmu ini dihasilkan secara langsung
  • Imam Muhammad Bin Idris Ash-Syafie
USUL FIQH DI ZAMAN RASULULLAH
  • Mengenai kehujahan Al-Quran, Sunnah dan Ijtihad
  • Muaz diutus ke Yaman
USUL FIQH DI ZAMAN PARA SAHABAT
  • Pengumpulan al-Quran dari ijtihad Umar dan masalih mursalah untuk kemaslahatan umat Islam
  • Qiyas dan Sadd al-Zaraa'i mengelak bahaya dan kemudaratan mengenakan hukuman sebatan daripada 40 sebatan ke 80 sebatan bagi peminum arak
 SKOP PERBAHASAN USUL FIQH
  • Membahaskan tentang dalil hukum samada yang disepakati 
  • Mengeluarkan hukum daripada dalil-dalil serta beramal dengannya
  • Membahaskan tentang kaedah-kaedah yang umum
FAEDAH MEMPELAJARI USUL FIQH
  • Untuk mengetahui cara ulama dan mujtahid mengeluarkan hukum
  • Mengetahui hukum syarak yang telah dikeluarkan oleh para mujtahid dan sebab perselisihan para mujtahid dalam menetapkan satu hukum
  • Usul Fiqh sebagai landasan dan panduan untuk memudahkan ulama menetapkan sesuatu hukum
MAKNA HAKIM
  •  Yang mana sesuatu hukum itu datang daripadanya
  • Allah s.w.t  sahaja
  • Rasul hanya perantara
  • Allah s.w.t mengutus rasul memberitahu manusia
MAKNA HUKUM
  • Menetapkan sesuatu terhadap sesuatu ( bahasa )
  • Khitab Allah s.w.t yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf  samada secara tuntutan atau pilihan atau secara wad'i
PEMBAHAGIAN HUKUM

HUKUM TAKLIFI
  • Ijab
  • Nadbu
  • Tahrim
  • Karahah
  • Ibahah
  • Fardu
  • Karahah Tahrim
HUKUM WAD'I
  • Sebab
  • Syarat
  • Mani'
  • Sahih
  • Fasad
  • Azimah
  • Rukhsah
 HUKUM TAKLIFI ( JUMHUR ULAMA )
  • Ijab = khitab Allah s.w.t yang meminta supaya melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan yang pasti
  • Nadbu = khitab Allah s.w.t yang meminta supaya melakukan sesuatu tuntutan dengan secara tidak pasti
  • Tahrim = khitab Allah s.w.t yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti
  • Karahah = khitab Allah s.w.t yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang tidak pasti
  • Ibahah = khitab Allah s.w.t yang membolehkan membuat pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya
MAKNA WAJIB
  • Fardu ( jumhur ulama )
  • Sesuatu perbuatan yang akan diberi pahala apabila dilakukan dan berdosa apabila ditinggalkan.
  • Cara : perbuatan suruhan - fiil yang menunjukkan perbuatan wajib  
MAKNA MANDUB
  • Sunat, nafal, tatawwu' dan mustahab
  • Sesuatu perbuatan yang diberi pahala apabila melakukannya dan tidak berdosa jika meninggalkannya
PEMBAHAGIAN SUNAT
  • Sunat Muakkad
  • Sunat Ghairu Muakkad
  • Sunat Zawaid
 MAKNA HARAM
  • Sesuatu perbuatan yang diberikan pahala apabila menjauhinya dan berdosa jika dilakukan
PEMBAHAGIAN HARAM
  • Haram Lizaatihi
  • Haram Lighairihi
 HUKUM TAKLIFI ( MAZHAB HANAFI )
  • Fardu = khitab Allah s.w.t yang meminta supaya melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan yang pasti melalui dalil Qat'i ( hadis masyhur, al-Quran )
  • Ijab = khitab Allah s.w.t yang meminta supaya melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan yang pasti melalui dalil zanni ( hadis Ahad, Qiyas )
  • Nadbu
  • Ibahah
  • Tahrim = khitab Allah s.w.t yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perkara dengan tuntutan yang pasti melalui dalil zanni
  • Makruh / Mubah = sesuatu perkara yang diberi pahala jika meninggalkannya dan tidak berdosa jika melakukannya

TOKOH ISLAM TERHEBAT

ABDULLAH BIN ABBAS

Nama Ayahandanya 
ABBAS BIN ABDUL MUTHALIB

Lahir
3 TAHUN SEBELUM HIJRAH

Umurnya Ketika Wafat Rasulullah
13 TAHUN

Keistimewaannya
  • Merupakan sahabat Rasulullah s.a.w
  • Pada usia 13 tahun beliau telah berjaya menghafaz 1660 hadis
  • Sangat alim dalam Kitabullah dan sangat faham maknanya
  • Menyediakan air wudhuk apabila Rasulullah s.a.w hendak berwudhuk
  • Sentiasa membonceng dibelakang Rasulullag s.a.w

Tuesday, November 3, 2015

KELUARGA SAYA ^^

HARI RAYA BAGI TAHUN 2015 MASIHI BERSAMAAN 1436 HIJRAH.. ALHAMDULILLAH , KAMI SEKELUARGA DAPAT BERGAMBAR BERSAMA TAHUN INI....