Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya
kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini
dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi
guru.
Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah
dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya
cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.Masanya juga telah tiba untuk
budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan
penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan langkah
yang diharap dapat memberi tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer
dalam sistem pendidikan. Langkah ini diharap dapat merapatkanjurang digital di antara
golongan berada yang berupaya menggunakan teknologi di rumah dengan golongan
kurang berada.
Kemudahan ini dapat memberikan peluang kepada semua pelajar meneroka, menguasai dan memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam ilmu pengetahuan secara lebih berkesan dan bermakna dan seterusnya dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar.
Ini akhirnya akan dapat melahirkan generasi berilmu dan bijaksana yang berdaya saing untuk merealisasikan wawasan negara 2020, seterusnya membentuk tamadun yang lebih maju.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.
Mahathir Mohamad, menekankan bahawa Malaysia perlu membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik, sosial, rohaniah, psikologi dan budaya. Untuk memastikan matlamat
ini tercapai, Malaysia perlu mencapai sembilan cabaran utama dalamWawasan 2020.
Salah satu matlamat teknologi maklumat di Malaysia adalah untuk menjadi negara membangun
pada tahun 2020. Cabaran keenam daripada sembilan strategi mencapai wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia mesti mewujudkan

...masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains dan teknologi pada
masa depan...
masa depan...
(Mahathir Mohamad, 1998)
1.1 Koridor Raya Multimedia
Perkembangan teknologi maklumat yang pesat dan kesedaran tentang pentingnya peranan
teknologi maklumat, pemimpin negara telah mengambil inisiatif untuk menjadikan industri
teknologi maklumat sebagai enjin pertumbuhan negara dengan mengumumkan Projek Koridor
Raya Multimedia (MSC) pada bulan Ogos 1996.
Langkah mewujudkan sekolah bestari dianggap sebagai respons spesifik Malaysia untuk
perubahan kritikal daripada ekonomi industri kepada masyarakat berasaskan maklumat (Mahathir Mohamad, 1998).
Oleh itu, sekolah bestari diharap akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berkemahiran menggunakan dan menyumbang kepada penggunaan teknologi maklumat khususnya untuk
mencapai taraf masyarakat Malaysia yang “Pintar” pada tahun 2020 kelak.
teknologi maklumat, pemimpin negara telah mengambil inisiatif untuk menjadikan industri
teknologi maklumat sebagai enjin pertumbuhan negara dengan mengumumkan Projek Koridor
Raya Multimedia (MSC) pada bulan Ogos 1996.
Koridor Raya Multimedia atau singkatannya MSC (Multimedia Super Corridor) dianggap sebagai pemacu untuk mencapai wawasan 2020 dan ia meliputi kawasan seluas 750 km persegi.
Projek ini terdiri daripada tujuh kumpulan aplikasi utama iaitu Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari,Tele-Perubatan, Kad Pintar Kebangsaan, Kelompok Penyelidikan dan Pembangunan, Pemasaran Tanpa Batasan dan Jaringan Perkilangan Sedunia.Langkah mewujudkan sekolah bestari dianggap sebagai respons spesifik Malaysia untuk
perubahan kritikal daripada ekonomi industri kepada masyarakat berasaskan maklumat (Mahathir Mohamad, 1998).
Oleh itu, sekolah bestari diharap akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berkemahiran menggunakan dan menyumbang kepada penggunaan teknologi maklumat khususnya untuk
mencapai taraf masyarakat Malaysia yang “Pintar” pada tahun 2020 kelak.
No comments:
Post a Comment