Ketagihan alkohol merupakan satu keadaan di
mana seseorang tidak dapat lari daripada penggunaan bahan-bahan ini. Penagih
akan menghabiskan banyak masa dengan minum arak dan secara automatic membuat
tabiat paras pengambilan menjadi tidak terkawal. Justeru itu, terdapat beberapa
strategi bagi mengatasi ketagihan alkohol iaitu :-
1.1 Melaksanakan Terapi Dan Kaunseling
Rawatan bagi pesakit ketagihan alkohol
biasanya dilakukan melalui terapi dan kaunseling, sama ada di hospital atau
dalam pemulihan, di bawah bimbingan pakar-pakar yang berkaitan dengan keadaan.
Kejayaan atau kegagalan rawatan ketagihan alkohol bergantung kepada kesanggupan
yang kuat di bahagian dalam penagih untuk bebas daripada belenggu bahan ini.
Biasanya semasa terapi, penagih akan
diminta untuk mengurangkan dos penggunaan alkohol. Semasa terapi dijalankan
biasanya penagih akan mengalami sawan, pening dan muntah, kemurungan, insomnia,
tangan mengalami goncangan atau gegaran, sentiasa marah, degupan jantung yang
tidak teratur, sentiasa berpeluh dan berkhayal. Oleh itu, untuk mengurangkan
gejala dan keinginan terhadap alkohol tersebut, doktor atau ahli terapi akan
memberikan ubat chlordiazepoxide.
1.2 Berpuasa
Menurut Profesor Dr. Malik Badri strategi
mengatasi ketagihan alkohol adalah dengan menghentikannya dengan berpuasa. Para
penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa dengan berpuasa dapat
membuang toksik atau racun dari badan.
1.3 Bersumpah Di Hadapan Al-Quran
Bersumpah dengan meletakkan tangan pada
kitab Suci al-Quran, setelah berwuduk, dengan mengucapkan, “ Demi Allah s.w.t
Yang Maha Besar serta KitabNya, kami tidak akan pernah lagi menyentuh khamr”.
1.4 Membina Ikatan Akidah (Kepercayaan)
Pada peringkat awal penyebaran Islam, salah
satu cara bagi menghilangkan ketagihan alkohol adalah dengan banyak menyentuh
persoalan tauhid. Tauhid dengan maksud mengesakan Tuhan dan kepatuhan kepada
rasul-Nya yang ditugaskan untuk membimbing manusia dan kepercayaan terhadap
perkara-perkara yang ghaib seperti adanya malaikat dan hari akhirat. Di samping
penekanan suruhan berbuat baik dan meninggalkan perbuatan yang jahat atau
mungkar.
1.5 Membina Ikatan Kerohanian
Impian setiap manusia adalah menjadikan roh
dan jiwa tenang dan tenteram. Hati yang tenang dan tenteram membolehkan
seseorang membuat keputusan dengan tepat dan bijaksana. Antara cara memperolehi
roh dan jiwa yang tenang adalah :-
1.5.1
Mendirikan solat
Sembahyang ima kali sehari semalam adalah
ibadat yang amat tinggi nilainya di sisi Islam. Ini adalah kerana solat fardhu
adalah satu-satunya ibadat yang amat kerap menghubungkan seseorang hamba dan
Tuhan. Kekerapan hubungan ini menjadikan seseorang itu sentiasa berada di bawah
perlindungan Allah s.w.t.
Di samping itu, solat fardhu dapat
membentuk peribadi menjadi orang yang sabar, tekun dan berdisiplin. Apabila
cirri-ciri yang baik ini sudah meresap ke dalam jiwa, tentu sekali akan menikmati
ketenangan dan ketenteraman yang sejati.
1.5.2
Membaca dan menghayati ayat-ayat al-Quran
Al-Quran adalah sebuah kitab yang penuh
dengan ayat-ayat yang diiringi dengan wasiat dan nas-nas yang disampingi dengan
pengajaran untuk membimbing pembaca kepada perkara yang boleh memberikannya
manfaat dalam agamanya, dunianya dan akhiratnya. Membaca dan menghayati
al-Quran juga member kesan yang mendalam kepada hati dan roh. Apabila seseorang
Muslim mendengar ayat-ayat Allah s.w.t dibacakan, hatinya akan menjadi khusyuk,
jiwanya akan cenderung kepadanya, manakala rohnya akan bergerak-gerak ketika
diketuk oleh bacaan ayat-ayat itu. Serentak dia akan berjanji kepada Allah
s.w.t untuk melaksanakan segala pengajaran-Nya dan akan menurut segala
larangan-Nya. Diriwayatkan oleh at-Thabarani daripada Saidina Ali bahawa Nabi
s.a.w telah bersabda,
“ Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara
: Cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta membaca al-Quran.
Sesungguhnya para pembaca al-Quran itu berada di dalam naungan melainkan
naungan-Nya bersama-sama para Nabi –Nya dan orang-orang-Nya.”
1.5.3
Berkunjung ke masjid
Diriwayatkan oleh at- Termizi daripada Abu
Said al-Khudri r.a daripada Nabi s.a.w baginda bersabda,
“ Jika kamu lihat seseorang itu selalu pergi ke masjid, maka saksikanlah
keimanan baginya.”
Masjid adalah tempat suci bagi orang-orang Islam yang beriman. Kehadiran
umat Islam ke masjid tidak lain melainkan melaksanakan ibadat dan menganjurkan
aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk peribadi mulia. Terdapat beberapa faedah
besar bagi orang-orang Islam yang sering menjejakkan kaki ke masjid. Antaranya,
1.5.3.1 Pergaulan yang baik
Mereka yang sering ke masjid biasanya akan
memiliki sahabat-sahabat yang terpuji akhlaknya. Tidak ada sesiapa pun yang
dating ke masjid dengan niat untuk melakukan maksiat atau kemungkaran. Oleh
itu, kehadiran mereka yang baik akhlaknya ke masjid akan mempengaruhi jiwa
seseorang untuk turut menjadi golongan yang mulia.
1.5.3.2 Berpeluang mendekatkan diri dengan
orang-orang yang berilmu seperti imam dan ustaz
Masjid bukan sekadar tempat untuk
mendirikan sembahyang berjemaah. Lebih dari itu masjid adalah sumber ilmu
pengetahuan dan pusat kaunseling. Seseorang itu boleh mencurahkan segala
masalah sama ada bersangkutan dengan hal-hal peribadi atau berhubung dengan
masalah pembelajaran kepada para imam, ustaz ataupun ahli-ahli jawatankuasa
masjid.
1.5.3.3 Berpeluang mengikuti peningkatan ilmu dan
amal
Biasanya di masjid-masjid aktiviti-aktiviti
seperti taddarus al-Quran, qiamullail, ceramah umum, ceramah khusus, tilawah
al-Quran, kursus kessedaran dan sebagainya diadakan. Ia bertujuan untuk
meningkatkan pengetahuan umat Islam mengenai Ilmu Islam di samping membersihkan
jiwa dan roh.
1.5.3.4 Mendapat ganjaran pahala
Melangkah kaki ke masjid kerana mendirikan
sembahyang berjemaah dan mengikuti program-program peningkatan ilmu dan amal bukan
sahaja meninggikan martabat seseorang muslim, malah Allah s.w.t akan memberikan
pahala. Ini adalah kerana setiap perbuatan yang baik itu dianggap ibadah. Dan
setiap ibadah ada ganjaran pahalanya.
1.5.4
Berzikir
Zikir itu beerti mengingati diri tentang
keagungan Allah s.w.t dalam hal ehwal yang berhubung rapat dengan diri
seseorang mukmin sama ada peringatan itu di dalam otak, di dalam hati, secara
lisan atau melalui perbuatan. Apabila seseorang itu sentiasa mengingati Allah
s.w.t walau dimana dia berada maka secara tidak langsung kita mengakui bahawa
Allah s.w.t sedang mengawasi setiap perbuatan di dunia ini.
1.5.5
Mengerjakan ibadah nawafil
Walaupun ibadah nawafil seperti sembahyang
sunnat atau puasa sunnat itu hanyalah ibadat yang dilakukan secara sukarela,
namun sekiranya ia dilaksanakan secara tekun dan konsisten, seseorang itu akan
dapat meningkatkan lagi ketinggian peribadinya. Perintah yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad s.a.w supaya mendirikan sembahyang pada waktu malam adalah
bertujuan untuk membina kekuatan rohani dan jasmani baginda sebagai persiapan
menghadapi cabaran-cabaran dan ujian-ujian yang lebih berat. Oleh itu, ternyata
ibadah nawafil dapat membina kekuatan dalam diri seseorang. In shaa Allah.
1.6 Membina Ikatan Pemikiran Yang Sihat
Ikatan pemikiran adalah penting khususnya
dari sudut membezakan yang baik dengan yang buruk atau membezakan sesuatu yang
samar-samar baiknya dan yang samar-samar buruknya. Segala keputusan yang dibuat
adalah berdasarkan pemikiran. Oleh itu, cara bagi membina ikatan pemikiran yang
sihat adalah :-
1.6.1
Ilmu pengetahuan
Ilmu pengetahuan akan membantu seseorang
itu menilai buruk dan baik segala sesuatu yang dilihat, didengar, dirasa,
disentuh dan dihidu dengan menggunakan kelima-lima alat deria yang penting.
Dengan ilmu pengetahuan juga seseorang itu dapat melihat wawasan hidupnya pada
masa akan dating dengan mempelajari sejarah silam dan peradaban manusia yang
lalu.
1.6.2
Membersihkan hati dan jiwa
Seseorang yang mempunyai hati dan jiwa yang
bersih dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan perkara-perkara yang
dilarang oleh Allah s.w.t
1.7 Membina
Ikatan Kemasyarakatan
Selain daripada hubungan manusia dengan
Pencipta. Manusia memerlukan perhubungan diantara manusia dan manusia. Jika
perhubungan diantara manusia dengan Pencipta adalah baik maka hubungan manusia
dengan manusia baik jua. Oleh itu, seseorang iu perlulah menjaga tingkah
lakunya bersama ahli keluarga,teman sebaya, masyarakat setempat, sekolah dan
tempat bekerja.
1.8 Ikatan riadah
Kesihatan tubuh badan adalah penting bagi menjamin kesejahteraan hidup.
Rehlah adalah antara aktiviti sosial yang sihat. Contohnya, perkhemahan,
melancong dan perkelahan yang disertai dengan pergaulan yang sihat akan dapat
menenagkan jiwa di samping dapat mebina minda yang cerdas. Aktiviti ini juga
dapat menghubungkan seseorang itu dengan alam sekitar. Pengamatan terhadap
keindahan alam akan dapat membuka hati seseorang itu terhadap Kebesaran Allah
s.w.t atas ciptaan-Nya yang Maha Agung.