Tuesday, July 28, 2015

HASHTAG BERJUMPA KAKAK

 Assalamua'laikum.. firstly, admin ingin memohon maaf jika admin ada membuat kesalahan.. Admin nak pergi sangat jumpa 'kakak' ni.. tapi Admin selalu tidak berpeluang.. ( hanya Allah s.w.t yang tahu) .. tapi, admin nak sangat letak dekat blog ni sebab admin dah tak boleh simpan lama-lama gambar dalam phone ( almaklumlah phone memori kecil ) nak simpan dalam lp .. nanti kene padam.. hukhukhuk.. maaf kakak semua... adik tak dapat jointed !!!



























Monday, July 27, 2015

MUTIARA SALAF SOLEH

Generasi salaf sangat berjaga-jaga daripada bencana lidah. Berikut mutiara-mutiara nasihat mereka sebagai peringatan untuk kita :-


DARIPADA YUNUS BIN UBAID, KITAB AL-ZUHD, IBN ABI 'ASIM

" kamu tidak akan dapati suatu perkara yang baik akan diikuti oleh semua kebaikan selain daripada lidah. Sebabnya kamu boleh temui seorang yang banyak berpuasa tetapi berbuka dengan sesuatu yang haram atau seorang yang bangun malam namun siangnya menjadi saksi dusta. Bagaimanapun kamu tidak akan temui orang yang tutur katanya hanya yang benar namun tindakannya menyeleweng "

YAHYA BIN ABI KATHIR, ( HILYAH AL-AWLIYA' )

" boleh jadi seseorang berpuasa daripada memakan makanan yang halal lagi baik kemudian berbuka dengan yang haram lagi jelik ; daging saudaranya, yakni dengan mengumpat "


HASAN AL-BASRI, SYUAB AL-IMAN

" tidak terjaga agamanya seseorang yang tidak menjaga lidahnya."


IBN MAS'UD

" tidak ada sesuatu pun yang paling perlu dipenjarakan lama-lama selain lidah."


ABU AL-DARDA'

" diciptakan dua telinga dan satu mulut sahaja supaya kamu lebih banyak mendengar daripada bercakap."

p/s: petikan ayat ini adalah diperolehi daripada sumber majalah ilmiah ( SOLUSI )

MARHABAN DARI RUMAH KE RUMAH

Wah.. wah.. wah.. begitulah perkataan yang terbit daripada suara hati saya. Betapa gembira saya melihat mereka ketawa dan bersuka ria. Saya hanya menguntumkan senyuman. Begitulah, perasaan apabila kawan-kawan pergi beraya dan bermarhaban tetapi admin tidak menyertai... huhuhu.. hanya dapat ber huhuhuhu. Allahu Akhbar...
Tapi tidak mengapa, admin akan mengabdikan moment ini di blog admin. Agar moment ini menjadi kenangan terindah bagi diri Admin walaupun tidak menyertai konvoi marhaban ini..huk huk huk







































sesungguhnya admin berasa sangat gembira bercampur sedih apabila melihat gambar-gambar selfie mereka ni !!!... hurmmmmm