Sunday, February 8, 2015

KENANGAN DI PLKN GERAK KHAS DESARU, KOTA TINGGI JOHOR ( PLKN SIRI 9/2012 )

Assalamualaikum,

 Pada 2 MEI 2012 , saya telah pergi ke Program Latihan Khidmat Negara. Alhamdulillah, pengalaman di sana banyak membantu dalam kehidupan seharian saya.

 Pada mulanya, perasaan amat sedih apabila mendapat panggilan untuk menyertai program tersebut. Namun, atas nasihat ibubapa saya, alhamdulillah saya tetap gagahkan diri untuk pergi ke sana. Almaklumlah, saya ni tidak menyukai aktiviti yang lasak dan di luar kemampuan saya. Tup.. Tup dapat pergi PLKN ... SEPERTI tidak keruan jadinya.. Allahu Rabbi.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya..


Inilah pintu masuk utama PLKN GERAK KHAS, DESARU





GAMBAR BERSAMA-SAMA PARA "PRAJUIT" 





Gambar ini diambil semasa beberapa hari sebelum program ini tamat. Perasaan hiba mula menyelubungi diri.. sEtiap pertemuan pasti ada perpisahan .. inilah lumrah kehidupan...

Saya berada dibarisan ke dua dan ke lima daripada kanan.. inilah kawan-kawan saya.. walaupun kami berlainan negeri, daerah dan bangsa.. Alhamdulillah kami tetap bersatu hati.. In shaa Allah...

PEMANDANGAN ALA-ALA KOTA..
 Pemandangan ini hanya terdapat dalam dorm kami sahaja.. dorm lain tak ada , Jadi, kalau nak tengok pemandangan ala-ala kota .. datanglah ke dorm kami..

BENDERA KUMPULAN KAMI IAITU ALPHA


Bendera kami terdapat sebuah pedang ala-ala ninja.. ia merupakan lambang pengorbanan kami dalam memperjuangkan dan mempertahankan agama dan negara kami yang tercinta . In shaa Allah..

KAWAN-KAWAN SAYA DI PLKN GERAK KHAS 

SHIMA, IRA, dan SYAKIRA


WANI dan IRA
KAWAN-KAWAN SAYA ^_^



NADIA, IRA, JUN dan WANI


LAGU TEMA KUMPULAN KAMI  ( REALITI INSAN )



Sunday, February 1, 2015

MARI KITA MENEROKA ILMU ^_^


 ^ 1 FEBRUARI 2015 M bersamaan 11 RABIUL AKHIR 1436 H ^



Proses mengukir kayu bermotifkan bunga



KERJA KAYU

 Pada abad ke-9 Masihi / 3 Hijrah, muncul seni ukiran kayu yang unik di Samarra, ibu kota Abbasiyah di Iraq. Kepingan kayu diukir dengan corak serong dan arabes. Seni ukiran ini kemudiannya berkembang ke Mesir dan Syria. Kali ini untuk digunakan pada pintu. Sehingga abad ke -7 Hijrah, Kepingan kayu berukir telah digunakan pada mimbar dan mihrab, namun disebabkan kekurangan kayu dan ancaman bahaya kebakaran , citarasa terhadap ukiran kayu telah bertukar kepada potongan kayu yang lebih kecil bercorak geometri.